Naik taraf pasar tamu Sarawak diteruskan, RM20 juta lagi disalur – Ewon

KUCHING – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan peruntukan lebih RM7.8 juta bagi menaik taraf 39 pasar tamu desa di seluruh Sarawak sepanjang tahun lalu, dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan luar bandar.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, pelaksanaan projek dilakukan secara berfasa melibatkan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Saya berpuas hati dengan kemudahan yang telah dinaik taraf, termasuk di Tamu Desa Sungai Apong yang dilaksanakan menerusi dua fasa, iaitu RM116,000 (Fasa 1) dan RM300,000 (Fasa 2),” katanya dalam sidang media semasa lawatan ke tapak tersebut pada Ahad.

Menurut Ewon, penaiktarafan fasiliti pasar tamu bukan sahaja memberi persekitaran perniagaan lebih kondusif, malah memacu pertumbuhan ekonomi komuniti setempat.

Jelas beliau, projek ini merupakan inisiatif sulung kementerian untuk Sabah dan Sarawak bermula 2024, dan akan diteruskan pada tahun ini.

“Setakat ini, sebanyak 100 projek pasar tamu telah dilaksanakan di kedua-dua negeri iaitu 61 di Sabah dan 39 di Sarawak. Bagi tahun ini, 46 lagi projek akan dilaksanakan di Sabah dengan peruntukan RM10 juta.

“Tambahan RM10 juta lagi telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk Program MADANI Rakyat di Tawau, menjadikan keseluruhan RM20 juta diperuntukkan bagi meneruskan inisiatif ini,” katanya.

Mengulas perancangan di Sarawak, Ewon berkata, beliau telah menerima permohonan daripada empat Ahli Parlimen negeri ini untuk menaik taraf pasar tamu di kawasan mereka, dan perkara itu akan dibincangkan bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dalam masa terdekat.

“Kerajaan Sarawak berpandangan pasar tamu bukan hanya terhad di kawasan pedalaman, sebaliknya turut merangkumi kawasan bandar seperti Tamu Sungai Apong yang memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti ekonomi masyarakat tempatan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan The Malaysia Press mendapati rata-rata peniaga menyambut baik usaha kerajaan menaik taraf kemudahan pasar tamu tersebut.

Seorang peniaga, Diana Edwin, 27, berkata, suasana di pasar tamu kini jauh lebih selesa berbanding dahulu.

“Dahulu agak sesak, tetapi sekarang lebih kemas, bersih dan ada ruang laluan yang selesa untuk pelanggan,” katanya.

Bagi peniaga, Eteh Singan, 56, yang telah lima tahun berniaga di pasar tamu Sungai Apong, perubahan ini amat dialu-alukan.

Seorang lagi peniaga, Mary Grace, 68, turut bersetuju bahawa pasar tamu kini jauh lebih selesa.

“Sekarang keadaan pasar lebih bersih dan kondusif,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysia Press.

KUSKOP komited memastikan setiap projek yang dirancang mampu memberi impak berterusan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan usahawan desa di Sabah dan Sarawak.

Related Posts

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

MUKAH – Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki mencuri sebuah motosikal menerusi satu serbuan di rumah pekerja ladang kelapa sawit Ulu Penipah pada malam Ahad. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

KUANTAN – Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari, bermula hari ini hingga 12 September depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?

Kenapa Pas tidak tinggalkan kedutaan jika benar AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan?