‘Yang baik mesti dikatakan baik’, Annuar Musa sindir pembangkang politikkan usaha PMX damaikan Thailand-Kemboja

AHLI Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa memberi teguran sinis kepada pembangkang untuk tidak mempolitikkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil langkah proaktif mendamaikan konflik bersenjata antara Thailand dan Kemboja.

Beliau berkata, tindakan Anwar sebagai Pengerusi ASEAN adalah langkah tepat, selaras dengan tanggungjawab Malaysia dalam memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

Katanya, semua pihak harus terbuka dan mengakui usaha murni yang dilakukan Perdana Menteri bertindak proaktif dalam mendamaikan dua negara anggota berkenaan.

“Damai adalah antara ciri penting dan asas kemakmuran rantau ASEAN. Dalam suasana geo politik global yang semakin rapuh, sebarang konflik antara negara perlu dielakkan.

“Kebetulan ketika ini giliran Malaysia mempengerusikan ASEAN, maka tanggungjawab mendamaikan adalah satu kewajipan.

“Tindakan Perdana Menteri mengambil langkah intervensi yang segera adalah tepat. Jangan politikkan secara negatif. Yang baik mesti dikatakan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Rabu.

Sementara itu, Annuar berkata, sebarang konflik ketenteraan mesti dielakkan di rantau ini bagi mengelak ASEAN menjadi medan campur tangan luar yang lebih menggusarkan.

“Konflik ketenteraan itu juga dibimbangi akan menyebabkan ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan.

“Doa kita agar gencatan senjata membawa kepada rundingan dan perdamaian. Jiran dan tetangga yang aman adalah kepentingan bersama anggota ASEAN. Malaysia harus terus memainkan peranan,” katanya.

Pada Isnin, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat sebagai langkah penting ke arah meredakan ketegangan dan mengembalikan keamanan di kawasan sempadan.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas antara Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, dengan Anwar bertindak sebagai hos, Pengerusi ASEAN dan saksi kepada perbincangan bersejarah itu.

Situasi ini bukan kali pertama Malaysia memainkan peranan penting dalam mendamaikan konflik serantau. Negara ini telah lama mendapat kepercayaan sebagai orang tengah yang berkecuali, termasuk dalam usaha perdamaian di Aceh, selatan Thailand dan selatan Filipina.

Konflik terkini antara Thailand dengan Kemboja bermula dengan pertempuran kecil pada 28 Mei lepas sebelum meningkat kepada pertembungan berskala besar pada 24 Julai.

Kedua-dua negara jiran itu telah lama bertelagah mengenai kawasan sempadan bersama sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan selama beberapa dekad.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah