Operasi Dewan Masyarakat, Pusat Lestari KK dihenti serta-merta susulan kebakaran

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menghentikan serta-merta operasi Dewan Masyarakat Kota Kinabalu (KK) dan Pusat Lestari KK berikutan kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi Selasa.

DBKK berkata, penangguhan itu dilaksanakan sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak memandangkan struktur bangunan dan harta benda di dewan itu mengalami kerosakan ketara.

Jelasnya, orang awam yang telah membuat tempahan penggunaan Dewan Masyarakat KK boleh membuat pembatalan dan seterusnya mendapatkan pengembalian bayaran tempahan menerusi kaedah yang ditetapkan.

“Orang awam boleh hadir terus ke Unit Tempahan Dewan, Jabatan Pengurusan Harta (JPH), DBKK bertempat di Tingkat 7, Bangunan Centre Point Sabah, Kota Kinabalu dan berjumpa dengan Liveti Pouyin@Lydia selaku Pegawai Pengendali.

“Tempahan penggunaan dewan yang dibuat secara manual melalui kaunter acara DBKK, proses pengembalian bayaran akan dilakukan menerusi surat rasmi daripada pihak DBKK.

“Tempahan yang dibuat melalui aplikasi GoNet, bayaran akan dipulangkan secara automatik ke dalam akaun GoNet penempah,” jelasnya.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pengurusan Harta (JPH), DBKK di talian 088-244000 samb. 621 atau 012-2143740 (Cik Shafirah), pada waktu pejabat iaitu Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu, operasi Pusat Lestari Kota Kinabalu yang terletak di pekarangan Dewan Masyarakat KK turut dihentikan buat sementara waktu dan akan ditempatkan sementara ke kawasan Dewan Serbaguna Damai mulai pertengahan bulan Ogos depan.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK di talian 017- 8272217,” ujarnya.

DBKK turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan memberi jaminan bahawa perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi mereka.

Related Posts

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan penamatan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak selepas mengambil kira keadaan kualiti udara yang semakin baik di kawasan berkenaan. Pejabat Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

KENYATAAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga tidak dapat diterima oleh masyarakat. Ucapan itu mendapat perhatian Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal