TLDM laksana Eksesais Taming Sari 23/25, uji keupayaan aset dan kesiapsiagaan anggota

KOTA KINABALU – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan Eksesais Taming Sari Siri 23/25 di perairan Laut China Selatan bagi menguji keupayaan aset strategik serta tahap kompetensi anggota dalam mengendalikan operasi ketenteraan sebenar.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, eksesais berskala besar ini merupakan keperluan penting untuk memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan TLDM sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Tujuan utama eksesais ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kompetensi angkatan tentera kita.

“Kita bukan hanya perlu memiliki tentera, tetapi anggota yang benar-benar mahir dalam mempertahankan negara,” katanya.

Eksesais tersebut menyaksikan pelaksanaan penembakan Misil Exocet MM40 oleh KD Lekiu dan KD Lekir, serta penembakan Misil Exocet SM39 secara Coordinated Missile Firing dari kapal selam KD Tunku Abdul Rahman.

Selain itu, buat pertama kalinya eksesais ini turut melibatkan penembakan torpedo dalam konfigurasi peperangan oleh kapal selam KD Tun Abdul Razak.

“Exocet MM40 dilancarkan sejauh 30 kilometer oleh KD Lekiu dan KD Lekir, manakala torpedo Black Shark dilepaskan dari kapal selam pada jarak kurang 10 kilometer,” jelasnya dalam sidang media di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada Selasa.

Khaled berkata, sebanyak 17 aset TLDM termasuk kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, dua pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), serta tiga helikopter telah terlibat dalam eksesais ini.

Turut menyertai adalah aset sokongan seperti KD Seri Indera Sakti, KD Kelantan, KD Selangor dan KD Badik.

“Eksesais ini penting untuk menilai keberkesanan semua aset TLDM, ada yang baharu, ada yang telah berusia dan ada juga yang sedang melalui proses pemodenan.

“Ujian ini memberi kita peluang untuk menilai kesediaan setiap aset, terutama apabila negara perlu menyertai eksesais bersama negara-negara ASEAN atau di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai aset lama yang masih digunakan, Khaled menjelaskan bahawa kesemua aset berada dalam keadaan baik dan masih beroperasi.

“Kita akui ada aset yang berusia, tetapi semuanya dalam keadaan baik dan kita ada perancangan ke arah pemodenan.

“Kesemua perkhidmatan sedang melalui proses pemodenan di bawah inisiatif Angkatan Masa Hadapan,” katanya.

Menurut beliau, TLDM kini sedang melaksanakan pelan transformasi 15 to 5, iaitu strategi pengurangan daripada 15 kepada lima jenis kapal utama bagi menyusun semula struktur armada secara lebih cekap dan bersepadu.

Khaled turut berkata aset pertahanan bukan sahaja mahal dan bernilai tinggi, malah memerlukan penyelenggaraan serta pengujian secara berkala bagi memastikan keberkesanannya.

“Pertahanan negara bukan soal menyerang, tetapi soal kesiagaan.

“Ini bukan sekadar memiliki aset, tetapi memastikan setiap anggota yang mengendalikannya benar-benar mempunyai kemahiran yang tinggi,” katanya.

Sebagai rekod, Eksesais TAMING SARI 23/25 juga disempurnakan bersama-sama dengan
Eksesais KERISMAS 28/25 bermula dari 8 hingga 31 Julai.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan