Sabah wilayah berpengaruh, bukan retorik tapi perjuangan bersama – Rina

TAWAU – Tekad menjadikan Sabah sebagai sebuah wilayah yang berpengaruh dalam Persekutuan Malaysia bukan lagi sekadar retorik, tetapi satu perjuangan yang digerakkan secara bersama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal.

Menurut Rina, komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjunjung prinsip kesaksamaan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri membuktikan bahawa kerjasama itu adalah iltizam politik yang bergerak seiring.

“Di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, kita menyaksikan terbentuknya hubungan strategik yang lebih matang hasil dari pengalaman panjang menerajui pelbagai gabungan politik sebelum ini.

“Namun begitu, dinamik pergerakan kini menuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan naratif seperti sentimen ‘Blok Borneo’ yang kadang kala dilihat tidak disenangi sesetengah pihak,” katanya dalam perkongisan di Facebook rasmi, pada Isnin.

Tegas Rina, perjuangan politik hari ini tidak boleh berlandaskan emosi semata-mata sebaliknya memerlukan pendekatan berdasarkan data, keperluan rakyat dan pembentukan dasar yang adil.

“Kebajikan rakyat mesti dijamin, tetapi yang lebih penting ialah memastikan dasar dan undang-undang yang digubal mengambil kira realiti dan hak Sabah sebagai rakan pembentuk Persekutuan Malaysia.

“Ini bukan perjuangan biasa-biasa. Ini perjuangan membentuk masa depan Sabah yang lebih berdaulat, lebih dihormati dan lebih berpengaruh,” ujarnya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng