ESSCOM tahan 40 PATI di Tawau dan Kalabakan

TAWAU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) fokus memperkukuh keselamatan Sabah Timur dengan menahan 40 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta suspek kes narkotik menerusi Operasi Bersepadu di Tawau dan Kalabakan.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya membuat 146 pemeriksaan fizikal terhadap orang dan 26 rumah atau premis perniagaan serta tiga buah kenderaan sepanjang operasi dijalankan.

“Daripada jumlah itu, seramai 21 orang PATI warganegara Filipina dan Indonesia ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau atas kesalahan di bawah Seksyen 15 (1)(c) dan 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau dan Ketua Polis Kalabakan menahan 19 orang individu termasuk dua disyaki pengedar dadah dibawa ke IPD Tawau untuk saringan ujian air kencing di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Operasi selama tiga hari bermula Khamis dan berakhir pada Sabtu itu menyasarkan kawasan bandar Tawau dan pekan Kalabakan antaranya termasuklah Jeti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, Road Check Point (RCP) Kalabakan.

Victor berkata, polis turut merampas dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat 125.64 gram, cecair ketum di dalam 41 botol isi padu 1.5 liter serta wang tunai berjumlah RM950 semasa serbuan.

Katanya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mengeluarkan 35 keping saman dan dua Notis Arah Periksa Kenderaan masing-masing atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah POL 257 dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

“Pihak Sabah Electricity Daerah Tawau turut melaksanakan pemotongan sambungan haram elektrik yang mengakibatkan kerugian dianggarkan sebanyak RM750,000.00 di bawah Seksyen 61(3) Enakmen Bekalan Elektrik 2024,” katanya.

Tegas Victor, ESSCOM akan terus memperhebat operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di Sabah Timur.

“Kejayaan operasi ini sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan melalui Operasi SANGGAH ESSCOM bagi memperkasa operasi-operasi sedia ada di bawah PDRM, ATM dan APMM selain membantu Jabatan atau agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguatkuasakan undang-undang di ESS Zone selaras konsep ‘Tiada Hari Tanpa Operasi’.

“Masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072,” ujarnya.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow