KDN sedang kumpul laporan penuh dari AKPS isu ‘pasport terbang’ – Saifuddin

KULIM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengumpul laporan penuh berhubung siasatan membabitkan penguat kuasa yang disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku ‘pasport terbang’.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain untuk menyediakan laporan penuh berkenaan.

“Saya akan minta laporan penuh nanti daripada KP AKPS, Datuk Shuhaili. Sekarang ini baru hari ke-25 (beliau memimpin jabatan itu), biar dia uruskan dulu.

“Saya percaya kita telah meletakkan orang yang betul pada tempatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Dataran Kulim di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, empat pegawai penguat kuasa ditahan kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM3,000 ketika bertugas di kaunter penyeliaan zon masuk motosikal sempadan Johor-Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Difahamkan, mereka terlibat dalam urusan keluar masuk pasport tanpa kehadiran pemilik, dikenali sebagai kegiatan ‘pasport terbang’.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy