PRN17 Sabah: Kerjasama GRS, PH kekal – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu kekalkan kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

“Kita teruskan kerjasama GRS dan PH yang ada pada hari ini,” Hajiji dalam sidang media sempena Persidangan Agung Tahunan 2025 Parti Gagasan Rakyat Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Jelasnya, perkara itu juga telah dibincangkan bersama dengan komponen GRS.

Sementara itu, dalam ucapan dasarnya Hajiji berkata banyak pencapaian yang telah dilakukan oleh GRS dan PH sepanjang tempoh satu penggal menjadi kerajaan.

“Tempoh satu penggal sebagai kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat kepada GRS dan PH, akan tamat tidak berapa lama lagi.

“Namun, penting untuk dinyatakan dan diuar-uarkan bahawa dalam tempoh satu penggal ini, banyak telah kita capai sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, beramanah dan kerja keras untuk membawa perubahan dan kemajuan kepada negeri dan rakyat.

“Pelan pembangunan yang dirancang bukan sekadar slogan, tetapi ia telah menampakkan hasil nyata, dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang positif,” ujarnya.

Hajiji berkata, antara kejayaan Kerajaan Negeri iaitu memeterai Perjanjian Kolaborasi Komersial dengan pihak Petronas yang menjadikan Sabah berdiri teguh sebagai rakan sejajar dalam sektor tenaga.

“Kita juga berjaya merekodkan peningkatan pemberian khas sebanyak RM600 juta pada tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata PRN17 adalah peluang keemasan untuk rakyat memilih semula kerajaan yang sedia ada agar segala perancangan pembangunan dapat diteruskan dan direalisasikan.

“Pilihan raya akan datang akan menjadi medan yang paling kritikal untuk GRS.

“Inilah peluang untuk kita memperoleh mandat rakyat, membentuk sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil,” ujarnya.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, pilihan raya yang akan datang ini akan membawa banyak cabaran bukan disebabkan kekuatan pembangkang dan kelemahan kerajaan tetapi berhadapan dengan pembohongan, kepalsuan, cerita-cerita rekaan dan paling besar ialah fitnah.

“Hari ini, media sosial menjadi medium paling popular untuk menyebarkan dakyah dan propaganda.

“Saban hari berbagai cerita, klip video dan infografik palsu disebar luas,” tambahnya.

Justeru itu, beliau mengajak semua anggota agar sama-sama memerangi habis-habisan serangan pembangkang.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur