Hargai sambutan Hari Kebangsaan, kibar Jalur Gemilang mulai hari ini

MUAR – Rakyat Malaysia disaran menghargai sambutan Hari Kebangsaan yang bermula hari ini melalui kibaran Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, melalui acara sambutan selama sebulan ini, ia merupakan tanggungjawab besar kepada rakyat untuk mengimbau sejarah, menghargai pengorbanan dan memperbaharui iltizam terhadap
tanah air tercinta.

“Saya menyeru kepada semua, marilah sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di kediaman, kenderaan, pejabat, sekolah dan premis masing-masing. Jom kita sokong Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang sebagai tanda cinta akan negara.

“Kibarlah bendera yang cukup sifatnya di mana-mana sahaja, dengan penuh rasa bangga. Ini kita lakukan untuk memaknai sebuah kehidupan dan kepentingan menjadi masyarakat yang merdeka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Dataran Tanjung Emas, di sini, hari ini.

Terdahulu, acara itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 berkata, acara saban tahun itu menampilkan kelainan bagi menzahirkan semangat patriotisme untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kementerian Komunikasi saban tahun menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, atau singkatannya HKHM sebagai semboyan agar semangat kebangsaan ini menjalar ke seluruh pelosok tanah air.

“Setelah 68 tahun Merdeka, semangat kebersamaan yang dibentuk melalui Perlembagaan Persekutuan telah menjamin keamanan dan kestabilan negara.

“Pilihan di tangan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan tetap terpelihara dengan mengamalkan nilai-nilai terpuji yang dirangkumkan dalam lima prinsip Rukun Negara,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok