Himpunan Turun Anwar berlangsung tanpa gangguan, cerminan kematangan demokrasi

PKR menyifatkan Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang sebagai simbol kematangan demokrasi negara apabila perhimpunan itu berlangsung secara aman tanpa sebarang gangguan pihak berkuasa.

Pengarah Komunikasi PKR, Adam Adli Abdul Halim berkata, senario itu menunjukkan perubahan ketara berbanding era pemerintahan terdahulu yang sering menyekat hak untuk berhimpun dan bersuara.

Menurutnya, penganjuran perhimpunan secara terbuka dan aman itu tidak mencerminkan kelemahan kerajaan, sebaliknya menjadi lambang kekuatan dan keterbukaan pentadbiran dalam era demokrasi moden.

“Malaysia pernah melalui zaman di mana suara dibungkam, perhimpunan dibedil, dan perbezaan pendapat dijenayahkan.

“Di era MADANI, pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan. Ini bukan kelemahan pentadbiran, ini kekuatan demokrasi sebenar,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merakam penghargaan terhadap profesionalisme anggota keselamatan yang bertugas sepanjang perhimpunan tanpa menggunakan sebarang peralatan kawalan rusuhan seperti belantan, gas pemedih mata atau perisai.

“Kehadiran mereka tanpa pemedih mata, belantan dan perisai rusuhan adalah cerminan kematangan institusi kita; mengangkat peranan anggota keselamatan sebagai komponen penting dalam ekosistem demokrasi negara.

“Cita-cita MADANI bukan sahaja menjamin hak sivil, tetapi juga hak kehidupan rakyat. Usaha kerajaan dalam isu kos sara hidup, pembasmian kemiskinan, reformasi ekonomi, pendidikan, dan pekerjaan adalah bukti komitmen berterusan kepimpinan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata, pentadbiran Anwar turut berjaya memperkukuh semula kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa, termasuk dari segi pelaburan dan keyakinan ekonomi pasca pandemik dimana peranan Malaysia kini kembali diiktiraf dan suara negara didengari semula di pentas dunia.

Tambahnya, beliau turut mengkritik pendekatan pembangkang yang didakwa ketandusan hala tuju sehingga memilih untuk menyerang peribadi pemimpin kerajaan berbanding mengemukakan dasar alternatif yang lebih baik.

Beliau menegaskan, PKR tidak melihat perhimpunan tersebut sebagai satu ancaman, sebaliknya menzahirkan budaya politik baharu yang lebih terbuka dan menghormati perbezaan.

“Perbezaan pandangan harus diraikan. Dalam demokrasi, suara yang menyokong mahupun menentang tetapi kedua-duanya penting dan wajar dilindungi,” katanya.

Adam juga mempersoalkan sama ada pembangkang bersedia mendidik penyokong mereka supaya matang, celik politik dan berdisiplin, terutama dalam berbahas di Parlimen secara berhemah.

“Kerajaan telah membuktikan kemampuan untuk memelihara ruang demokrasi. Persoalannya, mampukah pembangkang melakukan perkara yang sama? Mahukah pembangkang mendidik penyokongnya menjadi adil dan celik, di samping mendisiplinkan wakil rakyatnya di Parlimen dengan hujah yang lebih baik?,” katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa perhimpunan yang berlangsung itu merupakan satu peristiwa penting yang memperlihatkan kemajuan demokrasi negara.

“Inilah semangat sebuah negara yang lebih terbuka, matang dan adil, rakyat bersuara tanpa takut, kerajaan bersedia mendengar tanpa angkuh,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok