Dua penunggang maut kemalangan tiga motosikal

LAHAD DATU – Dua penunggang motosikal termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga motorsikal di Kilometer 90 Sahabat 10, Jalan Lahad Datu-Tungku, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa warga asing berumur 12 tahun yang menunggang motosikal Yamaha dan lelaki warganegara berumur 19 tahun menunggang motosikal jenis Honda meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa berumur 12 tahun bersama pembonceng lelaki berumur 20 tahun serta penunggang motosikal Yamaha Lagenda berumur 18 tahun dari arah Embara Budi ke Cenderawasih.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah motosikal ditunggang seorang lagi mangsa maut dari arah Cenderawasih termasuk ke lorong bertentangan dan melanggar kedua-dua motosikal terbabit.

“Kemalangan memgakibatkan penunggang dan pembonceng Yamaha tercampak ke bahu kanan jalan Embara Budi, penunggang Yamaha Lagenda terseret ke bahu kiri jalan arah Embara Budi ke Cenderawasih dan penunggang Honda terjatuh di bahu kiri arah Embara Budi ke Cenderawasih,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Menurut Dzulbaharin, dua penunggang disahkan meninggal dunia, seorang penunggang tidak cedera manakala pembonceng yang mengalami patah tulang paha kiri mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Lahad Datu.

Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang menyaksikan kejadian agar tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Humaidi Harun di talian 089-882255 atau ke IPD Lahad Datu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Posts

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

KOTA KINABALU – Pengalaman keluarganya mengusahakan perniagaan berkaitan bekalan makanan ketika pandemik COVID-19 mencetuskan minat untuk mendalami bidang agro-teknologi dan melihat pertanian sebagai antara sektor penting untuk masa depan. Penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

KUCHING – Polis sedang giat memburu dua lelaki susulan insiden khianat dengan api yang menyasarkan dua buah kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandar raya ini pada malam Ahad.   Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

Agro-teknologi jadi pilihan Naufal demi bekalan makanan masa depan

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

UMNO perlu jadi pendamai, bukan bersikap seperti penderhaka

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

Dua kedai serbaneka dibaling bahan letupan, polis buru suspek kes khianat

Warga pendidik, AKP nadi kecemerlangan pendidikan luar bandar – Ahmad Johnie

Warga pendidik, AKP nadi kecemerlangan pendidikan luar bandar – Ahmad Johnie

Malaysia tidak akan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – Anwar

Malaysia tidak akan jadi negara besar jika terus terperangkap prasangka kaum – Anwar