KPDN kerjasama dengan MOF luaskan akses SARA di PJRM bergerak

RANAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagi memperluaskan akses pembelian barangan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bergerak.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini para penerima SARA boleh membeli barangan keperluan asas di 4,152 premis seluruh negara termasuk 470 premis di Sabah.

“KPDN mencadangkan agar bantuan SARA juga boleh diguna pakai untuk pembelian pada Program Jualan Rahmah MADANI bergerak kelak.

“Inisiatif ini membolehkan para penerima SARA khususnya di kawasan luar bandar dan pendalaman Sabah membuat pembelian terbabit,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah di pekarangan Kompleks Sukan Ranau, di sini, pada Sabtu.

Tambah Armizan, KPDN menyambut baik peruntukan tambahan RM300 juta bagi PJRM yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

“KPDN menyasarkan 2,276 siri PJRM bagi negeri Sabah dan setakat 1 Januari hingga hari ini, pencapaian pelaksanaan kita di Sabah adalah sebanyak 1,089 siri.

“Bagi seluruh negara kita menyasarkan sebanyak 20,000 siri PJRM,” jelasnya.

Related Posts

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam tempoh lima tahun apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

KAZAN – Malaysia bakal memperoleh jaminan bekalan petrol, minyak dan gas bagi tempoh jangka panjang daripada Rusia, sekali gus memastikan kestabilan pasaran domestik serta mengukuhkan sekuriti tenaga negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas