KPDN perkemas pengurusan royalti muzik

RANAU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang melaksanakan pelbagai penambahbaikan dalam usaha memperkemas pengurusan royalti muzik di negara ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara langkah yang diambil termasuk memperkenalkan Garis Panduan Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) di bawah Seksyen 27M, Akta Hak Cipta 1987, melalui agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“MyIPO diberi kuasa untuk mengeluarkan garis panduan (GP) berhubung perisytiharan dan pengendalian kepada mana-mana pihak yang didaftarkan sebagai CMO yang diberi mandat oleh emunya hak cipta untuk menguruskan hak royalti mereka.

“Hasrat kita adalah untuk menambah baik ekosistem pengurusan royalti muzik.

“Ini termasuk peringkat advokasi dan pematuhan semua pemegang taruh serta ketelusan tadbir urus termasuk kutipan dan pembayaran,” katanya semasa Program Jelajah Karnival KPDN 2025 Dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sabah di pekarangan Kompleks Sukan Ranau, pada Sabtu.

Terdahulu, Armizan sempat bertemu dua artis kelahiran Sabah, Bella Astillah dan Elica Paujin, bagi bertukar pandangan tentang perkembangan kerjaya dan kefahaman mereka mengenai isu royalti muzik.

Tambah Armizan, terdapat pihak yang tidak berpuas hati dan sedang melakukan semakan kehakiman di mahkamah.

“KPDN, MyIPO dan Menteri KPDN sendiri telah dinamakan sebagai responden. Proses sedang berlangsung di mahkamah.

“Kita serah kepada proses undang-undang dan sistem kehakiman,” katanya.

Jelasnya, kerajaan tidak boleh dilihat tidak melakukan sesuatu dalam mewujudkan kerangka perundangan yang lebih jelas dan menyeluruh bagi melindungi karya seni sebagai sumber rezeki.

“Saya sering tegaskan bahawa karya dan bakat adalah harta dan sumber rezeki.

“Menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan harta dan rezeki itu terus dinikmati oleh para karyawan muzik bukan sahaja sepanjang karier aktif mereka, tetapi selama mana karya tersebut dimanfaatkan oleh para pengguna,” katanya.

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi