41 pelajar Kunak cemerlang akademik, kokurikulum terima insentif kecemerlangan 2024

KUNAK – Seramai 41 pelajar cemerlang menerima insentif kecemerlangan 2024 sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam akademik dan sukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, daripada jumlah itu, 27 orang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, empat pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2024, empat pelajar menerima iPad Khas serta enam atlet muda Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS).

“Mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, SMK Kunak Jaya, SMK Madai, SMU Kunak, SK Madai, SK Kg. Selamat dan SK Kunak 1.

“Senarai pelajar dan pemilihan dibuat sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kunak,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Jelas Norazlinah, insentif itu antara bukti Kerajaan Negeri serius memperjuang hak dan masa depan anak-anak Sabah.

“Terima kasih Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan sokongan berterusan kepada dunia pendidikan khususnya pelajar luar bandar seperti di Kunak.

“Percayalah, anak-anak Kunak juga mampu berdiri di menara gading dan pentas antarabangsa asalkan kita terus menyokong mereka,” ujarnya.

Related Posts

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu manfaat setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu dapat dirasai rakyat dalam tempoh yang munasabah menerusi peningkatan peluang pekerjaan, pendapatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Perbezaan politik jangan jadi penghalang pembangunan negeri – Raja Perlis

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Raja Perlis mahu pentadbiran negeri diteruskan hingga tamat penggal

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan

Sidang Khas DUN Johor 22 Jun dibatalkan