Wan Suraya bukan lagi penjawat awam semasa dilantik Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara dibuat mengikut prosedur seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil, berkata, perkara itu dijelaskan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam mesyuarat Jemaah Menteri, pada Jumaat.

Katanya,  Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Wan Suraya sudah meletakkan jawatannya sebagai penjawat awam sebaik sahaja menerima pelantikan sebagai Ketua Audit Negara.

“Hari ini dijelaskan oleh Ketua Setiausaha Negara bahawa memang dari segi Perlembagaan, tidak timbul sebarang isu kerana proses pelantikan itu menepati apa yang tertera dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa sama Ketua Setiausaha Negara juga memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa Wan Suraya sudah berhenti menjadi seorang penjawat awam pada ketika beliau bersetuju untuk menjadi Ketua Audit Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pasca mesyuarat Kabinet, pada Jumaat.

Terdahulu, Ahli Parlimen (PN) Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat sebelum ini mempertikaikan pelantikan Wan Suraya sebagai Ketua Audit Negara ketika beliau masih dalam perkhidmatan awam.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat.

“Tidak timbul isu beliau seorang penjawat awam pada ketika beliau menjawat jawatan Ketua Audit.

“Tan Sri KSN memaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan kenyataan susulan berkenaan hal ini,” katanya.

Wan Suraya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Integriti Malaysia (IIM) dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa 13 Jun 2023.

Beliau sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Pembangunan Usahawan serta beberapa kapasiti di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi & Pemantauan).

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar