Pengumuman PM bukti keprihatinan dan keberhasilan kerangka Ekonomi MADANI

PENGUMUMAN terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung insentif serta penghargaan kepada rakyat disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan dan kejayaan awal pelaksanaan kerangka Ekonomi MADANI.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, pengumuman itu membuktikan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa prihatin dan peka terhadap isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat, malah terus mencari pendekatan terbaik bagi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh masyarakat.

“Kerangka utama Ekonomi MADANI yang berpaksikan kepada prinsip tatakelola yang baik serta usaha membetulkan struktur ekonomi negara melalui pendekatan ‘menaikkan lantai dan siling’ kini mula menunjukkan impak positif.

“Ini terbukti melalui pengumuman insentif oleh Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelas beliau, rakyat sewajarnya terus menzahirkan keyakinan dan sokongan kepada pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memastikan kesinambungan dasar dan inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau turut menggesa agar semua pihak tidak terpengaruh dengan propaganda tidak berasas yang disebarkan oleh kelompok berkepentingan yang berniat menggugat kestabilan sosioekonomi dan politik negara.

“Semua pihak juga harus bersama mengembeling tenaga bersama kerajaan membangunkan negara di bawah kerangka Malaysia Madani justeru membawa Malaysia sebagai negara maju serta berpengaruh di peringkat serantau dan global,” katanya.

Terdahulu, Anwar pagi ini membuat pengumuman khas sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Siaran itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai apabila mencatatkan lebih 100,000 tontonan secara langsung dalam tempoh kurang daripada setengah jam.

Pengumuman tersebut merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menzahirkan penghargaan kepada rakyat serta menyampaikan maklumat penting berkaitan dasar dan langkah semasa kerajaan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Related Posts

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan inisiatif Jualan Rahmah MADANI dengan penganjuran secara mingguan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis