Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan pengurangan kadar sewa bagi premis milik agensinya bermula bulan ini sebagai langkah membantu peniaga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Perdana Menteri berkata, inisiatif tersebut yang mengambil contoh daripada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pengurangan kadar sewaan itu akan dibuat secara berperingkat mengikut daerah.

“Terkait dengan keluhan seorang kakak di Rawang, saya berikhtiar mencari kaedah untuk mengurangkan beban mereka mengikut keupayaan kerajaan dan saya fikir langkah yang pertama yang harus kita lakukan ialah mengurangkan kadar sewa.

“Banyak kedai-kedai ini dimiliki oleh syarikat-syarikat kerajaan atau agensi kerajaan seperti MARA dan UDA Holdings Bhd (UDA) dan mulai bulan ini, mulai sekarang akan mengurangkan kadar sewa di semua premis perniagaan mereka.

“Ia akan diumumkan mengikut daerah dalam masa yang terdekat dan meneladani langkah DBKL yang sudah menurunkan kadar sewaan,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri supaya turut mengambil langkah menurunkan kadar sewaan premis masing-masing bermula bulan ini.

“Saya ucapkan terima kasih kerana Menteri Besar Selangor yang menyambut (perkara ini) secara positif dan kemudian dalam masa terdekat menurunkan kadar sewa semua premis perniagaan terutama bagi peniaga kecil, penjaja dan kedai-kedai makanan.

“Tentunya ini bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri yang lain dan saya ingin menggesa mereka menurunkan kadar segera dan berkuat kuasa bulan ini juga, bagi mengurangkan tekanan dan beban yang sememangnya dihadapi oleh peniaga dan penjaja,” katanya.

Related Posts

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok. Kementerian Kewangan (MoF) berkata, pelarasan daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis