Nahas tragis ragut tiga nyawa, tiga lagi cedera di Lebuhraya PLUS

TAPAH – Tiga warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 dan sebuah Toyota Vios di Kilometer 328.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dari Tapah menghala ke Bidor, di sini pada Selasa.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Chong Ong, 77; Teh Kim Kai, 76; dan Tan Ah Tak, 70, yang menaiki Proton X50.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.19 pagi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Vios yang dinaiki seorang lelaki berusia 31 tahun dan Proton X50 yang membawa lima lelaki berusia antara 68 hingga 77 tahun.

“Tiga daripada lima mangsa dalam SUV berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala dua lagi mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, operasi menyelamat dijalankan menggunakan pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap (SAVER) bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Semua mangsa yang cedera dan maut kemudian dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, mengikut maklumat awal, pemandu Toyota Vios melanggar belakang kenderaan SUV Proton X50 sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Ujarnya, sewaktu kejadian, kesemua mereka yang merupakan rakan dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri