Tiada usul undi tidak percaya terhadap PM dikemuka

TIADA sebarang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dikemukakan dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 yang bermula 21 Julai.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menerusi pemasyhuran rasmi sidang Dewan Rakyat.

Johari memaklumkan bahawa antara urusan penting yang akan dibahas dalam sesi kali ini ialah rang undang-undang (RUU) serta usul berkaitan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata, turut dijangka dibahas dalam sidang kali ini ialah Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2025 dan Laporan Tahunan serta Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Mesyuarat kali ini dijangka kerap bersidang sehingga lewat malam,” katanya ketika membuka tirai persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, Johari turut mengumumkan bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Akta tersebut memberikan semula autonomi kepada institusi Parlimen Malaysia.

“Ia juga memperkasa demokrasi Malaysia dan mengukuhkan prinsip pemisahan kuasa. Saya mengucapkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang bersama menyokong kewujudan PSA,” katanya.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat Kedua ini akan berlangsung selama 24 hari, bermula 21 Julai hingga 28 Ogos 2025.
Dewan Rakyat kini bersidang dalam suasana yang dijangka hangat dengan perbahasan isu-isu penting negara, namun tetap tertumpu kepada kelangsungan pembangunan dan pemerkasaan institusi Parlimen.

Related Posts

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

KELMARIN, rakyat Kedah khususnya peminat sukan permotoran dikejutkan dengan berita seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pecah amanah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan projek Litar Lumba…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Empat Undang menarik balik semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa yang difailkan bagi memaksa Menteri Besar Negeri Sembilan menandatangani proklamasi berkaitan penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa