Tentera Israel serang premis WHO di Gaza

KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mendakwa pasukan tentera Israel menyerang kediaman petugas WHO di Gaza sebanyak tiga kali pada Isnin, termasuk kemudahan gudang utama agensi itu.

Dalam kenyataan rasmi, beliau berkata, serangan itu berlaku di kawasan Deir al-Balah dan melibatkan pengusiran secara paksa terhadap wanita dan kanak-kanak dari premis terbabit dalam keadaan konflik bersenjata.

“Tentera Israel menceroboh kediaman rasmi WHO dan memaksa wanita serta kanak-kanak berjalan kaki menuju ke Al-Mawasi, di tengah-tengah situasi pertempuran,” katanya, lapor Anadolu.

Menurut beliau, kakitangan lelaki WHO dan ahli keluarga mereka digari, dilucutkan pakaian, disoal siasat di tempat kejadian dan diperiksa di bawah ancaman senjata.

Dua kakitangan WHO dan dua ahli keluarga ditahan dalam serbuan itu, dengan tiga daripada mereka kemudiannya dibebaskan. Bagaimanapun, seorang kakitangan masih dalam tahanan.

Beliau memaklumkan seramai 32 petugas dan ahli keluarga WHO berjaya dipindahkan ke pejabat WHO sebaik laluan selamat dibuka.

“WHO menuntut pembebasan segera kakitangan yang ditahan serta jaminan keselamatan untuk semua petugas kami,” katanya.

Tedros turut menyuarakan kebimbangan terhadap arahan pemindahan terbaru Israel di Deir al-Balah yang menjejaskan beberapa fasiliti WHO serta melumpuhkan operasi kesihatan di Gaza.

“Gudang utama WHO di Deir al-Balah terletak dalam zon pemindahan dan mengalami kerosakan akibat letupan serta kebakaran dalam serangan semalam,” katanya.

Sehubungan itu, WHO menggesa negara-negara anggota memastikan aliran bekalan perubatan yang berterusan dan konsisten ke Gaza bagi menjamin kesinambungan tindak balas kesihatan.

“Operasi WHO yang terganggu bermakna seluruh sistem respons kesihatan di Gaza sedang lumpuh. Gencatan senjata bukan sekadar perlu – malah sudah terlewat,” katanya lagi.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO