Pas ibarat sebuah syarikat Islam tapi hasil produknya kosong – Mahfuz

AKHIR-AKHIR ini rakyat semakin kecewa dengan gelagat kepimpinan Pas yang sangat beria-ia mahu menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah menjadi fardhu ain dalam perjuangan mereka.

Tindak-tanduk ahli Pas hari ini turut mendapat perhatian Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar yang menganggap kepimpinan Pas hari ini lebih utama perjuangan menjatuhkan PMX ketimbang membanteras dadah, menangani kemiskinan atau menjaga akhlak rakyat.

Menurut Mahfuz, dalam keadaan rakyat Kelantan makin terhimpit dengan gejala dadah, penyeludupan dan kini pesta gay, kepimpinan Pas begitu tekun menyusun strategi jalanan dan propaganda TikTok.

“Mungkin hari ini juga mereka sedang sibuk membuka francais demontrasi dan tidak hairanlah hari ini setiap negeri disusunnya demontrasi ‘Turun Anwar’ yang dilemparkan dengan pelbagai fitnah bagi memikat hati rakyat hari ini.

“Bagaimanapun apa yang melucukan tidak sempat menjatuhkan PMX, Kelantan yang digelar dengan jolokan Serambi Mekah selama ini terpalit dengan serangan najis dadah dari Tumpat hingga ke Tanah Merah.

“Serambi Mekah sekali lagi dikejutkan dengan pesta gay yang diserbu oleh anggota polis baru-baru ini.

“Kini sudah sampai masanya gelaran Serambi Mekah yang menjadi kemegahan rakyat Kelantan selama ini perlu ditukar kepada nama lebih sesuai dengan keadaan hari ini kerana sungguh memalukan,” katanya.

Mahfuz turut mempersoalkan ke mana perginya negeri yang dikatakan ‘Negeri Islam’ dan mana hilangnya pemimpin Islam yang berstatus ustad serta ulama yang dibanggakan mereka selama ini?

Soalnya, mana juga perginya pemimpin ‘Kerajaan Beriman’ yang dikatakan lebih baik daripada DAP dan PH?

“Ini jelas menunjukkan kerajaan Pas hari ini lebih banyak mengadakan ceramah daripada merangka dasar serta lebih banyak berdoa daripada tindakan demi kemajuan rakyat di negreri itu.

“Saya harap rakyat Kelantan terutamanya ahli Pas berlapang dada dan buka mata dengan tindakan kepimpinan Pas hari ini.

Menurut Mahfuz, Pas hari ini banyak mengeluarkan slogan dan berkempen walau pun pilihan raya masih lagi jauh.

“Saya menganggap Pas hari ini ibarat syarikat sendirian berhad berlabelkan Islam tetapi hasil produknya adalah kosong. Ini terbukti negeri yang diperintah oleh Pas gagal mewujudkan pekerjaan dan pembangunan pada rakyat tempatan.

“Pas gagal membangunkan negeri yang ditadbir tetapi berlagak seperti hero mahu mengajar rakyat bagaimana mahu memilih Perdana Menteri berbanding PMX hari ini,” katanya.

Bagaimanapun Amanah percaya Islam Rahmah yang diperjuangkan oleh kerajaan hari ini bukan sekadar gimik untuk dipamerkan melalui papan tanda sahaja.

“Ini dapat dijelmakan dalam tadbir urus, polisi sosial menyeluruh, pendidikan yang membina akhlak dan sahsiah. Segala pentadbiran yang dipraktikan oleh kerajaan hari ini mampu memberi harapan dan tindakan selanjutnya pada masa hadapan demi kemajuan rakyat Malaysia nanti.

“Kini Pas perlu singkirkan politik benci dan hipokrasi yang tidak sesuai lagi di bawa dalam dunia politik hari ini terutamanya bagi pengundi muda.

“Jika Pas tidak mampu urus negeri sendiri, apakah kelayakkan mereka nak mentadbir negara dengan hanya memekik membawa slogan turunkan Anwar Ibrahim,” katanya.

Related Posts

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

GEORGE TOWN – Pendapatan atau gaji rakyat dijangka menjadi antara keutamaan dalam Belanjawan 2027 susulan perkembangan positif ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir. Beliau berkata, kerajaan melihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

Lima kereta plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup