Hari Sarawak 2025: Parlimen Miri anjur program kaunter khidmat bergerak, edar bendera Sarawak

MIRI — Sempena sambutan Hari Sarawak yang bakal disambut pada 22 Julai ini, Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Miri telah menganjurkan Program Kaunter Khidmat Bergerak dan Edaran Bendera Sarawak di Miri.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, yang turut turun padang menyantuni masyarakat sambil mengedarkan bendera Sarawak kepada pengunjung.

Edaran bertujuan memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat serta menyemarakkan lagi suasana sambutan Hari Sarawak.

Menurut beliau, program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk memperkukuh hubungan antara rakyat dan wakil rakyat, malah membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk menyuarakan pandangan, aduan serta cadangan secara terus.

“Program Kaunter Khidmat Bergerak ini membawa perkhidmatan Parlimen terus kepada masyarakat, tanpa mengira latar belakang atau lokasi.

“Pendekatan bersemuka seperti ini lebih efektif untuk membina kepercayaan dan mempercepatkan proses penyampaian maklumat serta penyelesaian isu rakyat,” jelas beliau.

Suasana santai di kafe tempatan memberikan peluang kepada pasukan Parlimen Miri untuk lebih dekat dengan komuniti serta menyampaikan bantuan maklumat dan khidmat nasihat yang diperlukan secara terus.

Sementara itu, Choon Man turut menekankan bahawa keterbukaan terhadap suara rakyat merupakan asas kepada kepimpinan yang berkesan.

Beliau menyatakan penghargaan kepada semua pengunjung yang hadir dan berkongsi pandangan sepanjang program berlangsung.

“Saya berharap rakyat Miri terus berani bersuara dan menyampaikan keperluan mereka. Kita mahu membangunkan kawasan Parlimen Miri sebagai sebuah komuniti yang maju, inklusif dan sejahtera,” tambah beliau.

Beliau turut mengajak seluruh warga Miri agar mengibarkan bendera Sarawak dengan penuh rasa bangga menjelang Hari Sarawak, sebagai simbol cinta dan perpaduan terhadap negeri ini.

Related Posts

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan