Seminggu saya ‘dibalun’, didakwa perosak badan kehakiman – PM Anwar

BUKIT MERTAJAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak memberikan sebarang kenyataan balas berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara dan hakim atasan lain kerana menghormati sistem dan prosedur pemilihan yang melalui peringkat sewajarnya.

Perdana Menteri berkata, selama seminggu beliau menerima tohmahan daripada pembangkang mendakwa dirinya perosak badan kehakiman.

Tegasnya, apa yang dilaksanakan berlandaskan sistem semak dan imbang seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

“Seminggu dia (pembangkang) ‘balun’ kita setengah mati kata Anwar perosak badan kehakiman, tetapi hakim mana yang saya buang? Hakim mana yang kena pecat? Tak ada.

“(Ketika itu) saya nak jawab tak boleh sebab pelantikan hakim membabitkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Prosesnya saya dapatkan nama (calon hakim) daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), timbang, bawa kepada YDPA dan bila diperkenan ia akan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja (MRR) kemudian saya kena berdepan dengan Raja-Raja untuk beri penjelasan, dipersetujui, YDPA tandatangan dan barulah saya boleh jawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Pada Khamis, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam Facebook Badan Kehakiman Malaysia, Seri Paduka membuat keputusan itu atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, baginda juga memperkenankan pelantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

Datuk Azizah Nawawi pula dilantik sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak bagi menggantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak yang bakal bersara.

Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat serta menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada 28 Julai 2025 di Istana Negara.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti