Masidi perlu jujur, sektor minyak, gas Sabah bermula zaman pentadbiran BN – Suhaimi

КОТА KINABALU – Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun perlu jujur bahawa sejarah minyak dan gas Sabah bukan bermula pada tahun 2021 tetapi ia sudah lama berkembang sejak pemerintahan terdahulu kata, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

la susulan daripada kenyataan Masidi bahawa sektor minyak dan gas Sabah hanya berkembang selepas penubuhan SMJ Energy (SMJE) pada 2021.

Suhaimi menyifatkan kenyataan itu sebagai satu cubaan nyata untuk memesongkan sejarah dan menjaja cerita palsu demi menutup kelemahan pentadbiran parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Fakta tidak boleh diseleweng. Hakikatnya, industri minyak dan gas Sabah sudah aktif dan berkembang jauh sebelum SMJE diwujudkan.

“Antara pemain utama yang telah meletakkan asas industri ini termasuk Sabah Energy Corporation (SEC), Sabah International Petroleum (SIP), Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC).

“Projek Petronas Sabah Integrated Oil and Gas Project (SIOGP) bernilai RM54 bilion, yang dilancarkan pada 2014 semasa pentadbiran Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Jelasnya, pelaburan strategik SIP dalam LNG Train 9 Bintulu yang kini menyumbang sebahagian besar keuntungan SMJE adalah hasil rundingan dan legasi pentadbiran lama bukan kejayaan baharu GRS.

“Masidi memilih untuk menafikan sejarah dan dalam proses itu cuba menunggang kejayaan orang lain demi kepentingan politik sempit.

“Ini bukan sahaja tidak jujur, tetapi memperlihatkan satu bentuk pemikiran politik yang dangkal dan tidak bertanggungjawab.

“Masidi juga mendakwa Sabah menerima RM2 bilion kontrak daripada Petronas. Tetapi rakyat berhak tahu berapa banyak benar-benar masuk ke syarikat milik anak jati Sabah dan bukan sekadar entiti luar yang ‘berkampung sementara’ di Kota Kinabalu?,” katanya.

Tambahnya, Masidi hari ini bukan lagi tokoh lantang yang memperjuangkan rakyat tetapi beliau semakin cenderung menjadi jurucakap kepada elit GRS, mempertahankan kelemahan dengan angka dan persepsi yang digilap.

“Isu sebenar bukan hanya tentang fakta yang diputar. la tentang keikhlasan kepimpinan dalam meletakkan kebenaran di hadapan, bukan menyembunyikan kegagalan dengan statistik separuh masak,” katanya lagi.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar