Nilai wang kripto meningkat, TNB rugi berbilion ringgit penangan perlombongan haram

ALOR SETAR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian hasil tenaga sebanyak RM4.8 bilion sejak 2018 sehingga Jun tahun ini akibat aktiviti perlombongan bitcoin secara haram.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) menjangkakan kegiatan itu akan semakin rancak dan berleluasa ekoran kenaikan nilai mata wang kripto itu ketika ini.

“Kegiatan ini mula suram sedikit sekitar 2022 dan 2023, tetapi berlaku peningkatan ketara pada 2024 dan kita jangkakan tahun ini akan terus meningkat.

“Kerugian direkodkan meningkat dari RM43 juta pada 2018 dan terus bertambah saban tahun hingga mencecah angka bilion,” katanya kepada pemberita setelah menyertai operasi penguatkuasaan ST ke atas tujuh premis yang disalahgunakan bagi kegiatan melombong bitcoin sekitar bandar raya ini, hari ini.

Kata Akmal Nasrullah, kerugian hasil tenaga bertambah sehingga mencecah RM4.8 bilion disebabkan kecurian tenaga oleh perlombongan bitcoin sehingga Jun lalu.

“Kita jangkakan tahun ini akan terus meningkat kerana difahamkan harga bitcoin sedang naik melambung,” katanya.

Mengulas lanjut kata beliau, berdasarkan pemerhatiannya pihak terlibat juga dilihat semakin berani menjalankan kegiatan tersebut selain menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM