MCCC Sabah teroka peluang industri halal, sasar pelaburan strategik BIMP-EAGA

LAHAD DATU – Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Sabah meneroka peluang kerjasama dalam industri halal serta menilai potensi integrasi serantau yang ditawarkan oleh Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Presiden MCCC Sabah, Datuk Dexter Lau, dewan kini giat berinteraksi dengan World Halalpreneur Council dan HIS Toyyiba badan pensijilan halal antarabangsa Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi memperluas rantaian nilai halal dan meneroka pasaran baharu.

“POIC memberi maklum balas pantas dan positif, menyatakan minat yang tinggi untuk bekerjasama. Matlamat utama lawatan ini adalah untuk memahami ketersediaan tanah dan potensi pelaburan di POIC.

“Selama ini, POIC sering dikaitkan dengan projek berskala besar dan berintensifkan modal, yang lazimnya menakutkan PKS.

“Kami ingin mengubah persepsi tersebut dan mempromosikan strategi pembangunan ‘mula kecil, ikut keperluan’ menggunakan sektor halal sebagai pintu masuk, dengan kemungkinan akan memperluaskan ke sektor pelancongan, hiburan, malah pembangunan golf dan rekreasi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Dexter turut menekankan kepentingan mengurangkan risiko pelaburan dan meningkatkan keyakinan pelabur.

“Apa yang paling diperlukan oleh pelabur adalah rasa selamat. Kami bukan datang untuk menjual janji kosong atau idea semata-mata.

“Kami datang untuk mengambil langkah nyata melihat, memahami dan mengesahkan potensi sebenar di lapangan.

“Kami berharap lawatan ini dapat menghidupkan semula perhatian positif terhadap POIC, khususnya dalam kalangan pelabur dan mendorong mereka untuk menilai semula potensi tapak strategik ini,” jelasnya.

Dexter turut mengetengahkan isu tenaga kerja yang berterusan, termasuk masalah pekerja tanpa dokumen yang masih menjadi kebimbangan utama dalam sektor perindustrian.

Katanya, perbincangan kolaboratif diadakan bagi mencari penyelesaian yang sah dan praktikal demi pembangunan jangka panjang yang mampan.

Dalam sesi libat urus, beliau turut menyatakan bahawa Lahad Datu kekurangan kemudahan seperti padang golf dan secara kebetulan, suami kepada salah seorang ahli Dewan, Dr. Gloria Chang, merupakan pemain golf profesional yang berpengalaman dalam operasi padang golf.

“Ini contoh bagaimana misi perniagaan kami boleh mencetuskan idea atau kerjasama baharu dalam industri lain seperti pelancongan sukan, hospitaliti dan pembangunan rekreasi.” ujarnya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda