Sarawak teroka teknologi tenaga hijau di Guangzhou dan Shenzhen

SHENZHEN – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh infrastruktur tenaga mampan menerusi lawatan kerja rasmi ke China yang diketuai oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.

Lawatan tersebut melibatkan kunjungan ke Taman Perindustrian Ekonomi Pekeliling Fushan di Guangzhou serta Stesen Janakuasa Simpanan Air Terpampan Shenzhen yang terkenal sebagai antara kemudahan tenaga hidro simpanan tercanggih di China.

Di Guangzhou, delegasi Sarawak berpeluang meninjau loji jana kuasa insinerator terbesar di dunia yang menerapkan sistem pelupusan sisa kepada tenaga (waste-to-energy) secara bersepadu.

Delegasi turut diberi taklimat berkenaan integrasi grid pintar, penukaran tenaga bersih dan teknologi hijau untuk utiliti bandar yang lebih lestari.

Sementara itu di Shenzhen, Julaihi menekankan kepentingan teknologi simpanan tenaga seperti hidro simpanan bagi menyokong landskap tenaga Sarawak yang kian berkembang terutamanya dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Lawatan ini memberikan pendedahan berguna kepada kita mengenai bagaimana China mengaplikasikan teknologi berskala besar dalam membekalkan tenaga yang mampan serta sistem telekomunikasi canggih,” katanya.

Lawatan itu turut menyaksikan pertemuan rasmi bersama pemimpin kerajaan dan ketua jabatan Shenzhen yang diketuai oleh Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Shenzhen, Ms Cao Saixian.

Kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama dalam bekalan air, tenaga elektrik, telekomunikasi dan teknologi maklumat.

Menurut kenyataan tersebut, lawatan tersebut mengukuhkan lagi komitmen Sarawak dalam memperluas kerjasama antarabangsa khususnya dalam teknologi tenaga hijau demi menjamin daya tahan tenaga negeri pada masa akan datang.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM