Rafizi dicabar buktikan isu kehakiman pernah dibentang, didebat dalam Mesyuarat Kabinet

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dicabar untuk membuktikan bahawa beliau pernah membangkitkan isu pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman dalam mana-mana mesyuarat Kabinet ketika bersama dalam kerajaan.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata, pemimpin itu harus bersifat terbuka untuk menjawab persoalan terbabit bagi membuktikan polemik itu tidak ditunggang demi kepentingan politik peribadi.

Sebagai figura yang lantang bersuara, beliau menyarankan agar Rafizi tidak lagi menggunakan alasan prinsip accountability dan collective responsibility dalam berdolak dalih menjawab isu berkenaan.

“Rafizi kena buktikan, sepanjang sembilan bulan kekosongan jawatan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, adakah Rafizi pernah bangkitkan perkara itu dalam mana-mana mesyuarat Kabinet?

“Sekiranya beliau tidak pernah menyuarakan perkara itu secara rasmi, maka beliau tidak mempunyai kewajaran untuk bercakap mengenainya sekarang,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohamed Haniff  berkata, beliau tidak meminta Rafizi untuk mendedahkan maklumat sulit Kabinet kepada umum, sebaliknya hanya mahu beliau menyatakan secara jujur sama ada isu tersebut pernah dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri semasa beliau memegang portfolio sebagai menteri.

Beliau menyifatkan adalah tidak bertanggungjawab dan bersikap melulu untuk Rafizi menimbulkan isu tersebut selepas tidak lagi memegang jawatan menteri, tanpa bukti atau pengesahan bahawa beliau sendiri pernah menegur perkara itu sewaktu berada dalam kerajaan.

“Saya tidak kata beliau perlu umumkan secara terbuka ketika menjadi menteri. Tetapi sekarang, beliau perlu jelaskan kepada rakyat, adakah beliau pernah menyuarakan kebimbangan itu dalam Kabinet?

“Pernah atau tidak beliau bertanya kepada Perdana Menteri, kenapa masih belum melantik pengganti? Adakah terdapat sebarang masalah dengan cadangan JAC (Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman)? Ini soalan mudah.

“Sekiranya gagal membuktikan beliau pernah bangkitkan perkara itu dalam mesyuarat kabinet, maka jelas membuktikan Rafizi hanya menunggang isu pelantikan kehakiman demi tujuan politik peribadi dan bersangkut dengan konflik dalam PKR dan Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, Mohamed Haniff berpandangan, terdapat keperluan Jawatankuasa Gubalan Diraja ditubuhkan bagi mengkaji keseluruhan sistem kehakiman negara, termasuk kaedah pelantikan hakim-hakim tertinggi, bagi memastikan tiada campur tangan politik serta kelewatan pelantikan jawatan tertinggi yang berlaku sebelum ini.

Katanya, jawatankuasa tersebut tidak wajar disamakan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerana ia perlu ditubuhkan sepenuhnya oleh Majlis Raja-Raja tanpa campur tangan kerajaan.

“Jawatankuasa ini mesti bebas sepenuhnya daripada pengaruh eksekutif. Kalau kerajaan tubuh, dia akan lantik orang-orang dia. Biarlah Majlis Raja-Raja yang tentukan sepenuhnya. Komposisi jawatankuasa tersebut disaran terdiri daripada tiga hingga lima tokoh-tokoh berwibawa, termasuk bekas hakim, pegawai kanan yang sudah bersara dari Pejabat Peguam Negara, dan pesara peguam swasta kanan  dan berpengalaman.

“Berikan mereka segala kemudahan seperti sekretariat, pegawai, kakitangan untuk menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem kehakiman. Kalau mereka berpendapat nak ubah pelantikan ini tanpa letak (nasihat) kepada Perdana Menteri. Nak letak terus kepada Majlis Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Agung.  Maka, buat kajiannya.

“Kalau mereka rasa nak letak kepada Parlimen, bukan kepada Perdana Menteri, buat kajiannya. Kalau mereka nak buat sistem undi untuk memilih hakim. buat cadangan itu semua. Berikan jawatankuasa ini masa antara enam hingga 12 bulan untuk mengkaji secara menyeluruh sistem pelantikan sedia ada dan kemukakan syor baharu yang lebih telus, bebas dan berintegriti,” katanya.

Tambah beliau, sebarang cadangan jawatankuasa itu kemudiannya akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja dan sekiranya diperkenan, diserahkan kepada kerajaan untuk digubal menjadi undang-undang.

“Sama ada perlu pindaan Perlembagaan atau tidak, ia bergantung kepada dapatan jawatankuasa tersebut. Tetapi yang penting, kajian dan syor mesti datang dari institusi yang tidak dikawal eksekutif. Tak perlu pun tubuh RCI,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil