Suri rumah rugi RM26,000 terpedaya peraduan cabutan bertuah

TANGKAK- Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 lesap selepas menyertai peraduan cabutan bertuah tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 55 tahun itu terpedaya dengan peraduan berkenaan yang ditemui dalam aplikasi Tik Tok pada 8 Julai lalu.

Menurut beliau, peraduan berkenaan menjanjikan hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Mangsa yang tertarik dengan nilai wang tunai ditawarkan telah menghubungi suspek pada hari tersebut, sebelum diminta untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Wanita berkenaan hanya melakukan apa yang diarah sehinggalah suspek meminta mangsa memasukkan duit ke enam akaun berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Roslan, mangsa kemudian telah melakukan 12 transaksi pemindahan wang bermula 8 Julai sehingga Selasa lalu sebelum mengesyaki dirinya telah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Mangsa terus ke membuat laporan sejurus mengesyaki dirinya ditipu. Setakat ini, polis telah mengenal pasti suspek terlibat, namun tangkapan belum dibuat kerana perlu melengkapkan proses siasatan dahulu,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat dan didenda, jika sabit kesalahan.

Roslan menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

Related Posts

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana
  • AdenAden
  • September 13, 2026

​AMPANG JAYA – Tiga individu dilaporkan mengalami kecederaan selepas dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas di Jalan 4/8 Pandan Perdana, semalam. ​Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

TEMERLOH — Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan cedera dalam kemalangan 11 kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu, disahkan telah meninggal dunia. Mangsa, Sebastian Seow Jhen,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

  • By Aden
  • September 13, 2026
Pemandu warga emas tersilap tekan pedal minyak, tiga individu cedera di Pandan Perdana

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Belanjawan 2027 dijangka cecah rekod RM440.9 bilion

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jenazah Dr Ainul, Kapten Zainol Afiq dibawa pulang hari ini

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Jumlah mangsa maut kemalangan LPT meningkat kepada lima

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Program ‘See The Ability Not Disability’ serlah potensi anak istimewa di Mukah

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber