Suri rumah rugi RM26,000 terpedaya peraduan cabutan bertuah

TANGKAK- Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 lesap selepas menyertai peraduan cabutan bertuah tidak wujud di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa berusia 55 tahun itu terpedaya dengan peraduan berkenaan yang ditemui dalam aplikasi Tik Tok pada 8 Julai lalu.

Menurut beliau, peraduan berkenaan menjanjikan hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit.

“Mangsa yang tertarik dengan nilai wang tunai ditawarkan telah menghubungi suspek pada hari tersebut, sebelum diminta untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

“Wanita berkenaan hanya melakukan apa yang diarah sehinggalah suspek meminta mangsa memasukkan duit ke enam akaun berbeza,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Roslan, mangsa kemudian telah melakukan 12 transaksi pemindahan wang bermula 8 Julai sehingga Selasa lalu sebelum mengesyaki dirinya telah menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Mangsa terus ke membuat laporan sejurus mengesyaki dirinya ditipu. Setakat ini, polis telah mengenal pasti suspek terlibat, namun tangkapan belum dibuat kerana perlu melengkapkan proses siasatan dahulu,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh disebat dan didenda, jika sabit kesalahan.

Roslan menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi