SUKMA 2024: Pasukan e-sport Sabah bersedia sumbang pingat 

TAWAU – Berbaki lima hari lagi menuju Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 2024, pasukan e-sport Sabah kini lebih bersedia untuk membawa pulang pingat demi mengharumkan nama Sabah. 

Pengurus pasukannya, Mohd Sofihizar Usrah berkata, 12 atlet berumur 16 hingga 20 tahun itu membawa cabaran menerusi empat jenis sukan iaitu Mobile Legends Bang Bang, Tekken 8, e- football dan Raceroom (e-Racing).

“Kejohanan akan bermula dalam lima hari saja lagi dan kami lebih menumpukan kepada ‘mental strength’ untuk lebih fokus terhadap teknik yang sudah diterapkan dan dilatih.

“Pasukan e-sport Sabah telah bersedia untuk membawa pulang pingat yang disasarkan iaitu dua emas, dua perak dan dua gangsa dalam tujuh kategori pingat yang dipertandingkan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin. 

Menurut Sofihizar,  penerimaan sokongan para pemimpin di Tawau terhadap e-sport amat menggalakkan. 

“Penasihat kami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri amat prihatin dan meletakkan kepercayaan agar kami terus berkembang,” ujarnya. 

Katanya, ramai pemimpin lain di Tawau turut menyokong perkembangan belia melalui e-sport. 

Dalam pada itu, beliau juga berharap dua peserta e-sport SUKMA 2024 masing-masing dari Tawau dan Kalabakan iaitu Nurwansyah Erwan, 16, dan Zulfiqri Zuliarnain, 18, yang merupakan pemain Kelab e-sport Tokoneo (KST) Tawau boleh menjadi ikon pemain e-sport di Sabah yang sekali gus mengharumkan nama Tawau. 

E-sport julung kali diadakan pada Temasya SUKMA di Kuching Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos depan.

Related Posts

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

AYER KEROH – Teguran dan pandangan yang disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional Keadilan diambil serius oleh PKR, termasuk dalam tindakan memperkasa strategi komunikasi parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

AYER KEROH – Tindakan tidak popular yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mempamerkan keberanian beliau dalam mengambil tindakan mereformasi agensi kerajaan demi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru

Anak muda PKR hayati kandungan Deklarasi Permatang Pauh, reformasi tidak boleh terburu-buru