KPDN Sabah bongkar penyelewengan diesel bersubsidi, 16,000 liter dirampas

KOTA KINABALU – Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menyerbu sebuah premis di Kampung Sindaanan, Kobusok Penampang.

Pengarah KPDN Sabah, Sharil Nizam Shahidin berkata, hasill serbuan pada pukul 6.53 petang, pihaknya merampas lebih 16,180 liter minyak diesel, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Trooper dan peralatan telah disita dengan nilai keseluruhan berjumlah RM53,527.00.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30-an ditahan bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 196.

“Serbuan ini dihasilkan berikutan aduan awam dan hasil risikan yang telah dijalankan oleh selama satu minggu oleh Pejabat KPDN Negeri Sabah siasatan awal mendapati premis tersebut tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 dan 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sharil turut ingat kepada pengusaha stesen minyak tidak menjual minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis.

“KPDN menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan petrol RON95 dan minyak diesel diseluruh negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan,” katanya.

Setakat 16 Julai, KPDN Sabah telah menerima 1,112 aduan dan mengambil tindakan 1,179 kes di bawah pelbagai undang-undang yang dikuatkuasakan.

Orang awam dimohon agar sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan bagi membantu KPDN menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi bagi memastikan ia dapat dibanteras sehingga ke akar umbi yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara.

Related Posts

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

SARATOK – Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder di sini dijangka memberi keselesaan lebih baik kepada komuniti setempat apabila siap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah kapal tunda bersama dua tongkang selepas dipercayai gagal mematuhi peraturan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari