Kerajaan Sabah bentang cadangan penyelesaian MA63, keputusan sebelum Hari Malaysia

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah membentangkan cadangan penyelesaian berhubung tuntutan 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berlangsung di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

Pembentangan cadangan tersebut dibentangkan melalui  Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Memetik laporan Bernama, keputusan dijangka dimuktamadkan sebelum sambutan Hari Malaysia, 16 September ini.

Jelas Fadillah, setiap cadangan penyelesaian dikemukakan akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum mesyuarat MTPMA63 berikutnya yang dijadual pada 12 September ini di Kuala Lumpur.

“Di situ nanti kita akan putuskan apa penyelesaiannya sama ada interim atau bagaimana, kerana kita juga mengambil kira ada kes (mahkamah) sedang berjalan sekarang ini (berhubung tuntutan 40 peratus) yang dibawa oleh Majlis Peguam Sabah.

“Dari segi perundangan, ada juga perkara yang mengekang untuk kita membuat penyelesaian tanpa keputusan daripada mahkamah.

“Tetapi apa yang kita nak cari ialah penyelesaian di luar bidang kuasa mahkamah,” katanya kepada media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, mesyuarat khas itu berlangsung dengan baik dan kerajaan Sabah telah membentangkan cadangan tersebut akan diteliti oleh MTPMA63.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Related Posts

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

UMNO perlu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika benar-benar yakin dengan kekuatan parti itu, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) Prof Dr Mohd Tajuddin Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

MALÉ (MALDIVES) – Malaysia dan Maldives memperluas kerjasama dalam bidang strategik termasuk pertahanan dan hal ehwal Islam menerusi pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM