Zakat MAINPP peruntuk RM12.78 juta bantu dialisis pesakit tiada penaja kewangan

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperuntukkan RM12.78 juta bagi membiayai kos rawatan dan pengurusan dialisis kepada lebih 400 pesakit buah pinggang tahap akhir yang tidak mempunyai penajaan kewangan lain di negeri ini.

Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain berkata, peruntukan itu merangkumi bantuan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di lapan cawangan Pusat Hemodialisis MAINPP dan 23 panel rawatan swasta lantikan Zakat MAINPP.

Menurutnya, inisiatif itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memastikan aspek kebajikan dan kesihatan rakyat, khususnya golongan asnaf terus diberi perhatian melalui pelbagai dasar dan skim sokongan.

“Pelaksanaan program ini juga seiring dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) yang memberi tumpuan kepada pembangunan keluarga, selain memperkukuh sokongan sosial dan kesihatan kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Ketua Menteri 1 pada majlis himpunan pesakit dialisis tajaan Zakat MAINPP di Dewan Al-Ansar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhamad Kairi Ghazali dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Dalam pada itu, Rosidi berkata, statistik menunjukkan peningkatan berterusan pesakit buah pinggang di negeri itu saban tahun yang memerlukan tindakan bersasar dan mampan daripada semua pihak.

Beliau berkata, sejak 2001 Zakat MAINPP telah menubuhkan pusat hemodialisis sendiri selain menjalinkan kerjasama strategik dengan pusat rawatan swasta.

Selain rawatan dialisis, katanya, Zakat MAINPP turut memperluas skim agihan zakat dalam kategori kesihatan melalui pelbagai inisiatif seperti Klinik Kesihatan Bergerak Waqaf An-Nur Zakat MAINPP, Skim Kewangan Bulanan Pengangkutan Pesakit Dialisis dan Skim Perubatan Ringan.

“Secara keseluruhan, lebih RM18.5 juta setahun diperuntukkan Zakat MAINPP bagi membantu aspek kesihatan ummah melalui skim-skim yang disediakan,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru orang ramai, syarikat korporat dan usahawan supaya terus menunaikan zakat melalui Zakat MAINPP bagi menjamin kesinambungan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat