Wanita UMNO Lahad Datu tuntut BN tanding 4 DUN Parlimen Lahad Datu

LAHAD DATU – Wanita UMNO Lahad Datu menyatakan pendirian menuntut agar Barisan Nasional (BN)  bertanding di keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Sabah kali ini. 

Keempat-empat DUN berkenaan adalah N.60 Tungku, N.61 Segama, N.62 Silam dan N.63 Kunak. 

Ketua Wanitanya, Sitti Royani Rafael berkata, tuntutan itu bukan sekadar retorik kosong, sebaliknya berdasarkan asas kukuh parti antaranya memiliki jentera atau ahli yang kuat dan akar umbi yang setia. 

“Walaupun kita pernah kalah pada 2018 dan 2020, itu tidak boleh menjadi ukuran mutlak. 

“Pada 2018, tsunami politik melanda seluruh negara bukan sahaja di Lahad Datu, manakala 2020, ada konflik gabungan tidak serasi dan menguntungkan,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Chee Yee Khor, di sini, pada Sabtu. 

Mesyuarat dirasmikan Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dan turut dihadiri Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris. 

Menurut Royani, PRN Sabah akan datang menjadi penanda aras UMNO kembali dominan sekali gus memilih untuk menang dan akhirnya membentuk Kerajaan Negeri. 

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ahli UMNO terus kekal bersatu padu, tidak berpecah-belah dan menghapus persepsi negatif. 

Dalam pada itu, Royani juga berharap sekiranya kerjasama dengan mana-mana pihak (parti) terbentuk, perkara itu hendaklah memberi keuntungan jelas kepada UMNOBN tidak seperti sebelum ini (PRN Sabah 2020). 

Sementara itu, Noraini dalam ucapan perasmiannya menegaskan agar UMNO mempunyai ‘resepi’ untuk meyakinkan kembali kepercayaan pengundi kepada BN. 

“Kita kena jaga api semangat kita kalau turun padang, kena bagi semangat pada pengundi, jangan marah pengundi tapi kita kena ramah dengan pengundi sebab apa yang penting kita bantu mereka kembali sokong BN  pada PRN. 

“Saya percaya kita boleh ambil semula kerusi parlimen dan DUN ini, kit kena bina negara dengan semangat kebersamaan. 

“UMNOBN sentiasa sedia, dengar dan bawa suara akar umbi terutama dari Sabah ke peringkat kebangsaan. Percayalah,” tegasnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung