HHFS, Hab Hidrogen Hijau kukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau – PM

KUALA BERANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa pelaksanaan Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) dan Hab Hidrogen Hijau di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud, Kenyir bakal mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau dan hidrogen hijau di rantau Asia Tenggara.

Dalam lawatan rasmi beliau ke Terengganu hari ini, Anwar merasmikan pelancaran projek berskala besar itu yang merupakan kerjasama strategik antara Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Terengganu Inc.

“Projek ini merupakan kolaborasi strategik Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan Terengganu Inc, dengan sasaran untuk menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai hab hidrogen hijau seperti yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).

“Projek berskala besar ini juga adalah sebagai satu daripada projek utama yang dikenal pasti di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid dan Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

Menurut Anwar, projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 dan akan membantu menghasilkan sehingga 2.5 juta tan hidrogen hijau menjelang 2050, selaras dengan sasaran yang ditetapkan dalam NETR.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap komitmen Kerajaan Negeri Terengganu yang memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan projek tersebut.

“Saya menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam membantu melaksana projek ini, membuktikan ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mengangkat agenda kebajikan rakyat yang melangkaui jalur politik,” ujar beliau.

Projek ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan tenaga boleh baharu, penciptaan pekerjaan, serta peningkatan daya saing Malaysia dalam bidang teknologi dan tenaga hijau global.

Related Posts

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

KOTA KINABALU – Pendekatan turun padang menerusi Program MADANI Kita yang dilaksanakan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) dalam mendekati masyarakat kini menjadi penanda aras baharu kepada agensi kerajaan lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

PENEMUAN serpihan seramik lama dan beberapa artifak di Bukit Batu Putih, Kuala Perlis mungkin kelihatan kecil pada pandangan biasa, namun di sebalik tinggalan itu tersimpan persoalan lebih besar mengenai sejarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran