Kerja pembinaan bukan punca paip gas di Putra Heights meletup – MB Selangor

LETUPAN saluran gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu bukanlah berpunca daripada kerja pembinaan yang dijalankan berhampiran lokasi tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan siasatan polis yang disahkan Jabatan Mineral dan Geologi (JMG) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), paip saliran monsun yang berada atas saluran gas yang terbakar tidak terkesan malah keadaannya masih utuh.

“Mengikut semakan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) pembinaan paip monsun berukuran 4.2 meter dari segi diameter dijalankan sekitar 2008 dan 2009.

“Sebelum penubuhan Pusat Unit Setempat pada 2010. Namun, secara asasnya, setiap pembangunan atau pembinaan kawasan melibatkan keizinan,” katanya ketika membawa usul kejadian berkenaan di sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.

Amirudin berkata berdasarkan laporan polis, pasukan itu memaklumkan tiada kecuaian dikesan malah seluruh aktiviti pemaju Hong & Hong Homes disoal siasat selain gambar yang dipertontonkan kepada awam turut disiasat.

“Polis bukan sahaja menyiasat gambar tersebut. Kita turut memanggil sumber yang mengambil gambar itu dan menyemak kembali dengan data dan maklumat yang diberikan. Semua adalah berdasarkan dengan kebenaran diberikan termasuk daripada tuan tanah untuk-pembinaan tersebut.

“Malah, saya boleh sebutkan tapak titik letupan berada pada jarak lebih jauh 30 hingga 60 meter dari tapak kerja yang ditetapkan. Tiada sebarang perkara yang hendak dilindungi terhadap perkara tersebut,” katanya.

Menjelaskan mengenainya, Amirudin berkata, kejadian berkenaan bukan berlaku di atas tanah kerajaan sebaliknya milik Petronas Gas Berhad (PGB) dan merupakan hak milik persendirian.

Jelasnya, Hong & Hong Homes yang menjalankan kerja pembinaan rumah kedai di kawasan terbabit sudah membuat permohonan dari syarikat berkenaan dan kebenaran diberi pada 20 Mac.

“PGB mahu pemaju menepati syarat keselamatan yang ditetapkan pihaknya dalam mesyuarat pra-kerja sebelum permit kerja dikeluarkan.

“Merujuk dakwaan PBT tidak menepati kriteria apabila meluluskan kebenaran merancang melibatkan kawasan zon penampan, ia (kerja pembinaan) sebenarnya melebihi enam kaki dari zon berkenaan berbanding 66 kaki yang ditetapkan,” katanya.

Related Posts

PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

KENYATAAN media rasmi Biro Politik Bersatu pada 24 Mei 2026 dilihat bukan lagi sekadar penjelasan terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetapi menjadi petunjuk paling jelas bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan pemberian subsidi diesel melalui penggunaan kad fleet kepada kira-kira 7,000 penyedia perkhidmatan pertanian di seluruh negara bagi mengurangkan beban kos operasi sektor itu. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

PN retak dari dalam: Kenyataan Bersatu dedah perebutan kuasa makin kritikal

Pahang setuju lanjut bayaran cukai tanah hingga 30 Jun

Pahang setuju lanjut bayaran cukai tanah hingga 30 Jun

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang