Guru wanita hilang kereta, barang kemas rumah dipecah masuk

KUANTAN – Polis sedang mengesan suspek kes pecah masuk rumah dan melarikan kereta milik seorang guru wanita dalam kejadian di Prima Gadak, Muadzam Shah dekat Rompin, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun mendakwa kerugian lebih RM33,000 apabila kereta, barang kemas dan sejumlah wang tunai dilarikan penjenayah.

Katanya, mangsa bersama dua anak berusia satu dan enam tahun berada di rumah ketika kejadian, namun tidak diganggu atau dicederakan suspek.

“Kejadian itu hanya disedari selepas mangsa bangun dari tidur kira-kira jam 7 pagi.

“Wanita yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah agama swasta itu awalnya menyedari telefon bimbit dan beg tangan miliknya hilang.

“Mangsa kemudiannya ternampak almari baju yang berada di hadapan pintu bilik terbuka dengan kesan selongkar dan setelah memeriksa bahagian luar rumah, dia mendapati kereta jenis Perodua Myvi miliknya hilang,” katanya.

Sharif Shai berkata, hasil pemeriksaan lanjut, mangsa dapati barang kemas – iaitu cincin dan gelang – serta wang tunai RM250 juga hilang.

“Pihak polis tidak menolak kemungkinan penjenayah memasuki rumah itu melalui tingkap tandas.

“Semasa kejadian hanya pengadu dan dua anak yang masih kecil berada di rumah, manakala suaminya berada di tempat kerja,” katanya lagi.

Hasil siasatan di lokasi kejadian, pihak polis menemui semula dokumen penting dan beg tangan milik mangsa yang ditinggalkan suspek di bahagian belakang rumah.

“Pihak polis sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan curi kenderaan,” jelasnya.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar