Langgar syarat lesen, Maritim Perak tahan vesel nelayan, tiga kru asing

LUMUT – Cubaan licik mengaji kru asing tanpa kebenaran serta melanggar syarat lesen membawa padah apabila sebuah vesel nelayan tempatan kelas B dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak dalam satu operasi penguatkuasaan di perairan Pulau Talang, di sini, pada Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel yang menggunakan pukat tunda itu ditahan kira-kira jam 8.30 pagi di perairan 0.9 batu nautika timur laut.

Ujarnya, pemeriksaan mendapati vesel berkenaan melanggar syarat lesen apabila tidak diusahakan pemilik asal dan turut mengaji kru warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

“Malah dua kru warga Myanmar termasuk tekong dan seorang kru earga Thailand yang berada di atas vesel didapati tidak memiliki permit kerja serta pas yang sah.

“Sehubungan itu, vesel terbabit bersama semua kru, peralatan menangkap ikan dan hasil laut telah dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri turut menegaskan Maritim Malaysia akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang dan menjejaskan sumber perikanan negara.

Beliau turut menyeru orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah maritim menerusi talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 2254.

Related Posts

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

KUCHING – Seorang lelaki warga tempatan berusia 62 tahun mengalami kerugian sebanyak RM161,400 akibat ditipu dalam urusan tawaran tender pembekalan stesen jana kuasa mudah alih secara atas talian.   Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

KABONG – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyalurkan 900 karton air minuman botol kepada penduduk Kampung Sungai Pala yang terjejas akibat musim kemarau, pada Khamis. Penghantaran fasa kedua dijangka menyusul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled