Sabah catat RM10.9 bilion pelaburan, MIDE proaktif kukuhkan pelaburan

KOTA KINABALU – Sabah terus mencipta kejayaan dalam menarik pelaburan apabila berjaya mencatat jumlah keseluruhan pelaburan diluluskan sebanyak RM10.9 bilion bagi suku pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan keusahawanan Sabah (MIDE), Datuk Phoong Jin Zhe berkata kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Sabah.

Jelasnya, MIDE terus mengambil langkah proaktif dalam mengatasi cabaran yang menghalang pelaburan ke Sabah melalui penubuhan satu jawatankuasa iaitu State Manufacturing Investment Taskforce.

“Kementerian saya mengambil langkah-langkah proaktif, bertanggungjawab dan prihatin bagi membantu, menyelaras dan memudah cara pelaburan.

“State Manufacturing Investment Taskforce merupakan satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian saya untuk membantu pelabur menyelesaikan pelbagai isu dan keperluan yang dihadapi dan diperlukan oleh pelabur asing atau tempatan.

“Dengan adanya taskforce tersebut, kita sentiasa kerjasama dengan pihak pemegang taruh dan agensi berkepentingan seperti Jabatan Air Negeri Sabah dan Sabah Electricity bagi memastikan perancangan infrastruktur dan keperluan dapat dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai langkah diambil oleh MIDE untuk mengatasi faktor yang menghalang pelabur ke Sabah seperti krisis air dan infrastruktur yang tidak mencukupi sejak tahun 2020 dalam Persidangan DUN, di sini pada Selasa.

Jelasnya, MIDE juga menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar kemudahan telekomunikasi dan internet ditingkatkan yang sekali gus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelabur seperti SK Nexilis.

“Selain itu, taman-taman perindustrian seperti KKIP, SOGIP dan POIC Lahad Datu agar terus diberikan peruntukkan untuk meningkatkan ketersediaan infrastruktur asas dan utiliti seperti pembinaan pencawang pembahagi utama 33KV/11KV bagi SOGIP yang diperuntukkan RM40 juta sedang giat dijalankan,” jelasnya.

Phoong berkata, Kerajaan Negeri melalui JETAMA Sdn Bhd juga melaksanakan inisiatif penyediaan air bersih atau Industrial Water khusus untuk kegunaan industri.

“Untuk makluman buat masa ini, inisiatif ini sedang giat dilaksanakan di Taman Perindustrian POIC Lahad Datu yang melibatkan penggunaan teknologi kaedah penyahgaraman air laut untuk menghasilkan air bersih bagi kegunaan kilang atau industri.

“Dengan inisiatif-inisiatif ini, MIDE terus membantu, menyelaras dan memudah cara pelabur-pelabur domestik dan asing menjalankan pelaburan di Sabah,” ujarnya.

Tambahnya, prestasi pelaburan Sabah bagi suku pertama 2025 yang memberangsangkan telah membuktikan bahawa Sabah terus diyakini oleh pelabur dan terus menjadi satu destinasi pelaburan di rantau ini.

Related Posts

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

LIMBANG – Program Berkarih Kami Masuk Kampung anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Limbang dilihat sebagai platform penting dalam menyemai budaya integriti dan membanteras…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengamalkan pendekatan model pertumbuhan seimbang dalam menangani isu alam sekitar dan pembangunan negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah tidak mahu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

KPKM pertimbang kad fleet diesel bantu sektor pertanian

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Sabah pilih model pertumbuhan seimbang, tolak pembangunan melulu, idealisme ekstrem

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Pesawah sedia mulakan musim penanaman selepas Aidiladha

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Perkasa pembangunan belia, naik taraf kemudahan sukan di Sabah – Mordi

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban

Bekalan ternakan Aidiladha mencukupi tampung permintaan korban