Pemandu mengantuk dipercayai punca kereta terbabas, terhumban dalam sungai

ALOR SETAR – Kereta dinaiki enam beranak yang ditemukan lemas dalam Sungai Korok, Jitra dekat sini hari ini dipercayai terbabas sebelum terhumban ke sungai awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pemandu kereta tersebut berada dalam keadaan mengantuk ketika kejadian.

Katanya, ia memandangkan siasatan awal di lokasi mendapati tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian kecuali kesan brek kereta tidak jauh dari tempat kereta itu ditemukan.

“Kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas setelah terperangkap dalam kereta jenis Proton Saga Iswara itu.

“Berdasarkan keterangan di tempat kejadian kita percaya kereta terbabas sendiri mungkin disebabkan mengantuk dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semua mayat ditemukan di tempat duduk belakang saling berpelukan antara satu sama lain dipercayai terperangkap setelah terhumban dalam sungai.

“Jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Beliau turut mengesahkan, mayat tersebut ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, manakala empat anak mereka Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 8, dan Tuah Haydar, enam bulan.

Related Posts

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan