Kerajaan Sabah agih 13 inisiatif pendidikan SMJ, ringankan beban pelajar

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menerusi inisiatif pendidikan Sabah Maju Jaya (SMJ) memperkenal sebanyak 13 inisiatif  pendidikan dalam meringankan beban pelajar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Arifin Mohd Arif berkata kesemua inisiatif itu diagihkan Kerajaan Negeri yang diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).

“Sebanyak 13 inisiatif bantuan pendidikan tersebut iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer Kepada Pelajar (BAIK), Bantuan Aktiviti Guru dan Ibubapa Sabah (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), Anugerah Khas Kecemerlangan Pendidikan (AKSA), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah (BISTARI).

“Bantuan Khas Pendidikan (BANTU), Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS), Bantuan Sekretariat Mahasiswa Sabah (SEMESTA), Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRS-SUBFLY), Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin yang bertanya jumlah bantuan pendidikan diagihkan oleh Kerajaan Negeri menerusi inisiatif pendidikan SMJ dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini pada Isnin.

Jelasnya, selain bantuan pendidikan Kerajaan Negeri juga memberi insentif kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan iaitu seramai 146 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memperoleh keputusan PNGK 4.00 dengan menerima insentif sebanyak RM1,000 setiap seorang.

“Kita juga berbangga kerana ada seorang pelajar cemerlang STPM peringkat kebangsaan, saudara Daniel Hakimi Roland daripada SMK Kota Klias, Beaufort.

“Kita juga sangat berbangga atas pencapaian mereka. Kerajaan memberikan anugerah RM3,000 kepada beliau sebagai motivasi , penghargaan dan pengiktirafan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Amisah.

Menjawab soalan daripada ADUN Lamag yang bertanya adakah kerajaan berhasrat memberi pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat pendidikan tinggi seperti yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak, Arifin berkata, bagi pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah ia sememangnya percuma manakala bagi peringkat pengajian tinggi pula masih dalam kajian.

“Sebenarnya untuk sekolah rendah, sekolah menengah memang pun percuma. Dari dulu pun percuma dan ada pun yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi adalah berhubung dengan pengajian tinggi, kita sedang membuat kajian terhadap perkara ini.

“Walau bagaimanapun ada pengajian tinggi kita sudah kita berikan sebahagian besar biasiswa dan memang percuma.

“Misalnya di bawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kita ada Institusi Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) bertaraf diploma yang keseluruhannya percuma termasuk ada juga beberapa institusi yang masa ini dalam kajian kita,” ujarnya.

Tambah beliau, sebahagian besar anak-anak Sabah yang belajar di peringkat pengajian tinggi misalnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menerima Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

“Kalau tidak dapat BKNS mereka mendapat biasiswa Yayasan Sabah, kalau tidak kita bantu melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS). Kebanyakan mereka mendapat bantuan percuma,” jelasnya.

Related Posts

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di sini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat awam beliau dalam pelbagai bidang selama lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM