LPPB tawar rumah PPR kepada 237 penyewa asal RPTA

KOTA KINABALU – Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menawarkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada 237 yang layak daripada 315 penyewa asal Rumah Pangsa Tanjung Aru (RPTA).

Menurut Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam hanya 78 penyewa asal yang tidak ditawarkan rumah PPR kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Seramai 58 penyewa asal tidak ditawarkan rumah PPR kerana tidak layak disebabkan tidak memenuhi syarat Dasar Peruntukan Rumah Kos Rendah disewakan.

“Manakala 20 penyewa lagi telah memiliki rumah di atas nama sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong yang bertanya sekiranya kerajaan boleh memberikan rumah kepada lebih kurang 50 ketua isi rumah dari RPTA, dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, di sini pada Isnin.

Jelasnya, setakat ini seramai 113 penyewa daripada 237 yang ditawarkan rumah telah menerima tawaran dan diberi rumah PPR.

“Seramai 23 penyewa di Taman Jaya Diri, 30 di Taman Bukit Setia, 25 di Taman Puri Warisan, lima di Taman Sri Anak, 23 di PPR Kibabaig, Penampang, dua di Gayang II, Tuaran, dua di Taman Keramat, Putatan dan tiga di Taman Serigai, Putatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata seramai 124 orang telah menolak tawaran rumah PPR atas sebab lokasi rumah adalah jauh daripada tempat kerja, sekolah anak dan hospital.

“Bagi mereka yang tidak layak diberi rumah PPR dan mereka yang menolak tawaran rumah PPR, mereka diminta untuk berusaha mencari rumah alternatif sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, setakat 3 Julai tahun ini, terdapat 55 penghuni yang masih belum berpindah keluar dari RPTA yang terdiri daripada 30 penghuni yang telah menerima rumah PPR, 18 yang menolak tawaran dan 7 lagi penghuni yang tidak layak ditawarkan rumah PPR.

Terdahulu, penghuni RPTA telah menerima notis pengosongan daripada LPPB sekitar Mei 2021 atas sebab kediaman tersebut tidak lagi selamat untuk didiami.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti