Tiga pengedar ditahan, dadah bernilai lebih RM7,500 dirampas

KUCHING – Polis berjaya memberkas empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Kuching, melibatkan rampasan dadah jenis serbuk ekstasi dan ganja dianggarkan bernilai lebih RM7,500.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata kesemua tangkapan dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak antara 3 hingga 4 Julai lalu.

Dalam kes pertama, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di sebuah rumah di Jalan Upper Chawan, Kuching kira-kira jam 1.40 petang, 3 Julai lalu.

“Hasil serbuan, polis merampas 2,209.73 gram serbuk disyaki ekstasi bernilai RM2,209.73. Suspek turut didapati positif dadah jenis Benzo dan tidak mempunyai rekod lampau,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kes kedua pula menyaksikan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 35 tahun diberkas di sebuah rumah di Taman Hussein sekitar jam 4 petang, 4 Julai.

“Sebanyak 227.33 gram dedaun kering disyaki ganja yang dianggarkan bernilai RM1,550 dirampas. Kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis THC dan tiada rekod lampau kesalahan dadah,” ujarnya.

Sementara itu, dalam kes ketiga, seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lintang pada hari yang sama kira-kira jam 5 petang.

“Pemeriksaan lanjut menemui 541 gram ganja bernilai RM3,800. Suspek turut positif THC dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” jelas beliau.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman sehingga 11 Julai 2025 untuk siasatan lanjut.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Related Posts

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam menahan sebanyak 9,000 kilogram makanan haiwan yang tidak mempunyai permit sah dalam satu pemeriksaan di Kompleks ICQS…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

PADANG BESAR – Hasrat sebuah keluarga untuk membawa pulang jemaah umrah, Halimah Ismail, 64, ke tanah air tidak kesampaian apabila warga emas itu meninggal dunia di Madinah semalam. Anak ketiganya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

PMX bertemu rakan Kerajaan Perpaduan bincang krisis Negeri Sembilan

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

BN, UMNO Negeri Sembilan nafi dakwaan ‘tebuk atap’

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

9,000kg makanan haiwan tanpa permit ditahan di ICQS Bukit Kayu Hitam

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Hasrat pulang tak kesampaian, jenazah Halimah dikebumi di Madinah

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan