Jurutera pencen mati mengejut lepas aktiviti menyelam

KUANTAN – Seorang pesara jurutera bersama rakan-rakannya yang bercuti di Pulau Tioman, dekat Rompin, berakhir tragedi apabila dia ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tepi pantai oleh rakannya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, warga emas itu bersama 14 rakannya dari Singapura mendaftar masuk di sebuah resort pada jam 10.30 pagi semalam.

Menurutnya, mereka dijadualkan pulang ke Singapura pada Ahad.

“Pada jam 6.30 petang, mangsa dikatakan turun ke Pantai Kampung Paya untuk melakukan aktiviti menyelam bersama seorang rakannya.

“Namun, pada jam 7.40 malam, rakannya menemui mangsa terbaring di tepi pantai dalam keadaan mulut berbuih dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pihak resort kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 9.20 malam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Related Posts

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

KOTA KINABALU – Isu air dan tenaga merupakan dua perkara yang perlu ditangani di Sabah sebaik mungkin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Fadillah yang juga Menteri Peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka