Kerajaan pastikan RMK13 selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI

KERAJAAN MADANI akan memastikan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 31 Julai ini selari dengan hala tuju dan Kerangka Ekonomi MADANI.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, usaha menyelaras rancangan lima tahun itu dengan prinsip Ekonomi MADANI adalah antara tugas yang sedang dijalankan.

Jelasnya, ia bagi memastikan setiap strategi dan perancangan yang digariskan bukan sekadar dokumen dasar, tetapi mampu diterjemah dalam bentuk pelaksanaan yang berkesan.

“Perbincangan yang diadakan dengan kementerian yang diterajui oleh Kementerian Ekonomi telah banyak berjalan. Bila kita sampai ke tahap ini, kita kena pastikan yang apa yang kita keluarkan dalam RMK13 selari dengan hala tuju kerajaan sekarang.

“Kerajaan sekarang ada Kerangka Ekonomi MADANI. Justeru, antara tugas saya adalah memastikan ia selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya dalam podcast Keluar Sekejap, hari ini.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah yang kini turut menggalas tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata, kejayaan pelaksanaan RMK13 kelak juga banyak bergantung kepada sambutan dan komitmen kementerian selaku agensi pelaksana.

Justeru, penyelarasan dengan pihak kementerian amat penting bagi memastikan rancangan tidak sekadar menjadi pelan di atas kertas.

“Kalau kementerian tidak sambut dengan baik, RMK13 hanya akan jadi pelan atas meja. Kita tidak mahu itu berlaku.

“Sekarang kita nak olahkan dan kita nak selaraskan dengan kementerian agar sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI,” katanya.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET