Kementerian Komunikasi usaha sedia dana penubuhan Majlis Media Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi kini dalam usaha menyediakan dana permulaan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM), kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, satu mesyuarat dalam talian telah diadakan bersama Ahli Lembaga Pengasas MMM baru-baru ini, dan satu pertemuan secara fizikal pula sedang dirancang dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun, tidak semua ahli berada di Lembah Klang, jadi kami sedang mencari masa yang sesuai untuk mengumpulkan kesemua mereka,” katanya dalam sidang media mingguan di Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kementeriannya komited untuk memastikan peruntukan kewangan yang diperlukan dapat disediakan dalam masa terdekat bagi menyokong proses penubuhan majlis berkenaan.

Walaupun kerajaan berusaha menyediakan dana permulaan, Fahmi menjelaskan bahawa majlis itu turut bebas untuk mencari sumber pembiayaan sendiri pada masa hadapan.

Sebelum ini, Fahmi mengumumkan bahawa Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) terdiri daripada 12 orang ahli, merangkumi empat wakil bagi setiap kategori, iaitu wakil syarikat media, wakil persatuan media, wakil pengamal media dan pengamal media bebas, serta wakil ahli bukan media.

Majlis tersebut berperanan sebagai badan kawal selia kendiri yang bertanggungjawab melindungi kebebasan media dan memastikan etika kewartawanan dipatuhi, sekali gus memperkasa industri media di Malaysia.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET