Kerajaan MADANI galak gaya hidup lestari

SANDAKAN – Komitmen Kerajaan MADANI dalam mendidik masyarakat tentang kelestarian alam sekitar diterjemahkan melalui inisiatif pengagihan bekas makanan mesra alam kepada para pelajar, sekali gus menggalakkan pengurangan penggunaan plastik pakai buang dalam kehidupan seharian.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, program berkenaan bukan sekadar penyampaian sumbangan, malah membawa mesej penting mengenai usaha menangani pencemaran plastik yang semakin membimbangkan.

“Bumi kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran alam sekitar dan antara yang paling mendesak ialah pencemaran plastik.

“Walaupun beg plastik dan bekas makanan pakai buang mudah dan murah digunakan, ia sukar dilupuskan serta boleh kekal dalam alam sekitar selama ratusan tahun,” katanya semasa menyampaikan ucapan Kempen Sifat Plastik dan Pengagihan Bekas Makanan bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Min Sandakan, di sini pada Selasa.

Menurutnya, banyak sisa plastik datang daripada aktiviti harian seperti pembungkusan makanan, yang secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran tanah, sungai dan laut serta mengancam nyawa hidupan liar.

Jelas beliau, kehadiran pihak kementerian ke sekolah adalah untuk menyampaikan satu mesej penting bahawa amalan kelestarian alam bermula daripada setiap individu.

“Perubahan besar bermula daripada langkah kecil kita bersama. Kerajaan MADANI amat serius dalam menangani isu perubahan iklim dan memacu agenda hijau negara termasuk melalui reformasi dasar tenaga, pelan peralihan karbon rendah serta penggalakan gaya hidup lestari dalam kalangan rakyat,” katanya.

Tambahnya, prinsip pembangunan mampan dan kesejahteraan bersama menjadi teras dasar kerajaan yang kini diterapkan dalam pelbagai lapisan masyarakat termasuk peringkat sekolah.

“Inisiatif pemberian bekas makanan mesra alam hari ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengarusperdanakan agenda hijau dalam kehidupan rakyat.

“Bekas makanan ini bukan sahaja cantik dan praktikal, malah boleh digunakan berulang kali,” katanya.

Beliau turut berharap agar semua pelajar menggunakan bekas makanan tersebut ketika ke sekolah atau makan di luar, sebagai langkah kecil yang mampu memberi kesan besar terhadap usaha mengurangkan pencemaran.

“Saya amat menghargai komitmen pihak sekolah yang menekankan pendidikan alam sekitar dan memupuk budaya kampus hijau.

“Program hari ini adalah satu bentuk pendidikan dan kesedaran yang mampu mencetus perubahan jangka panjang,” ujarnya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar