Malaysia, Singapura di peringkat akhir bincang operasi RTS Link

MALAYSIA dan Singapura kini dalam peringkat akhir perbincangan bagi menentukan kelancaran operasi perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelbagai faktor perlu diputuskan secara bersama khususnya dalam mengambil kira kebajikan penumpang dan waktu operasi yang bersesuaian.

“Operator perkhidmatan iaitu RTS Operation (RTSO) dianggotai individu dari Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan SMRT Corporation (SMRT), Singapura edang melakukan kajian pasaran akhir bagi menentukan kadar harga tambang yang bersesuaian dengan kemudahan tersebut.

“Apakah harga tambang yang sesuai kerana idea projek adalah memastikan semua pihak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk rentas sempadan.

“Sehubungan itu faktor berkenaan perlu diambil kira sebelum harga ditetapkan, tetapi yang pasti ia perlu bersesuaian bagi menukar cara perjalanan,” katanya dalam sidang akhbar pada majlis pendedahan tren pertama RTS Link di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), Tuas di sini hari ini.

Pada masa sama, Anthony turut memberitahu kaedah pembayaran akan mengguna pakai sistem pembayaran terbuka termasuk kad debit, kad kredit dan kemungkinan perkhidmatan ‘Touch n Go’, lapor Kosmo!

Sementara itu, beliau turut mengulas cadangan waktu pengoperasian perkhidmatan tersebut yang perlu mengambil kira jadual perjalanan rakyat Malaysia yang bekerja di republik ini.

“Waktu operasi juga akan diputuskan pihak operator, bagaimanapun boleh disahkan perkhidmatan tidak akan berjalan selama 24 jam sehari bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat.

“Tetapi ia akan ambil kira waktu perjalanan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, difahamkan ada yang memulakan perjalanan sebelum pukul 5 pagi. Itu perlu ambil kira,” ujarnya.

RTS Link merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang akan menyediakan sistem pengangkutan pantas dan efisyen menghubungkan dua negara dengan mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen.

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat