Peranti pendengaran: Gaya hidup baharu, risiko tersembunyi

KITA semua pernah nampak — di MRT, pusat beli-belah, malah di taman — ramai orang, khususnya anak muda, memakai alat peranti telinga seperti earbud, earphone atau headphone. Nampak macam sedang dengar muzik… tapi, hakikatnya tidak selalu begitu.

“Sebagai Gen X, saya tak faham sebenarnya…” kata Dr. Malar, doktor yang terkenal di media sosial. Dalam satu hantaran video, beliau meluahkan rasa pelik apabila melihat terlalu ramai memakai earbud di tempat awam, seolah-olah dunia luar sudah diredamkan.

Namun apabila membaca komen netizen, realitinya jauh berbeza.

“Saya pakai headphones tapi tak dengar apa-apa pun. Saya trauma kena kacau dengan foreigner, saya pakai supaya orang tak tegur saya.”

“Kami Gen Z tak nak orang approach, especially sekarang banyak orang buat public interview randomly.”

Alat peranti ini kini bukan sekadar untuk muzik, tapi juga perisai sosial. Ia jadi cara halus untuk elak gangguan atau interaksi.

Tapi… sejauh mana penggunaannya selamat?

Antara earbud, earphone dan headphone, mana lagi selamat?

Dalam satu video di TikTok, Dr. Hazmi, Pakar ENT, bersama Dr. Malar, menjelaskan bahawa perbezaan utama antara peranti audio ini terletak pada kedudukan alat terhadap gegendang telinga.

“Earbud duduk dekat sangat dengan gegendang. Risiko kerosakan lebih tinggi,” jelas Dr. Hazmi.

Namun begitu, beliau turut menegaskan bahawa ini tidak bermaksud headphone sepenuhnya selamat — risiko tetap wujud jika digunakan terlalu lama atau pada tahap bunyi yang tinggi.

Bahaya penggunaan berlebihan

Penggunaan alat seperti earbud dan headphone dalam tempoh lama boleh membawa pelbagai masalah kesihatan, ini apabila kelembapan terperangkap di telinga dan menghasilkan kulat, antaranya:

  • Kehilangan pendengaran (Noise-Induced Hearing Loss)

Bunyi kuat yang berterusan boleh merosakkan sel halus dalam telinga dalam, menyebabkan pendengaran merosot secara kekal.

  • Telinga berdengung (Tinnitus)

Bunyi berdesing atau berdengung dalam telinga yang mengganggu tidur dan tumpuan.

  • Jangkitan telinga

Kelembapan yang terperangkap akibat pemakaian lama boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria.

  • Sakit kepala & tekanan saraf

Pemakaian alat terlalu ketat atau terlalu lama memberi tekanan pada kepala dan leher.

  • Kurang fokus & keletihan mental

Penggunaan tanpa rehat boleh memberi tekanan kepada sistem deria.

  • Risiko jalan raya

Memakai earbud atau headphone semasa berjalan atau memandu mengurangkan kepekaan terhadap bunyi sekeliling — meningkatkan risiko kemalangan.

Cara penggunaan selamat

Peranti pendengaran bukan musuh — malah ia membantu kita dalam banyak aspek kehidupan. Namun, untuk kekal sihat dan selamat, ikuti panduan berikut:

  • Kaedah 60/60: Gunakan tidak melebihi 60% volume, selama maksimum 60 minit secara berterusan
  • Guna alat noise-cancelling – elak keperluan kuatkan volume
  • Elak berkongsi earphone tanpa membersihkannya dahulu
  • Bersihkan peranti secara berkala – guna tisu kering atau kain mikro fiber
  • Jangan tidur dengan earphone masih dipasang

Alat peranti pendengaran bukan hanya soal gaya, tapi juga soal kesihatan. Gunakannya secara bertanggungjawab agar anda dapat menikmati hiburan tanpa mengorbankan kesihatan telinga.

Sekiranya anda mengalami ketidakselesaan pada telinga seperti sakit, berdengung, kehilangan pendengaran atau jangkitan, segeralah berjumpa doktor atau pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut.

Related Posts

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

MEMBAWA haiwan peliharaan pulang ke kampung kini menjadi pilihan sebahagian pemilik, namun pengalaman tersebut bukan sekadar comel, malah penuh dengan cabaran yang memerlukan persediaan rapi. Seorang penternak kambing, Syafiqah Aliaa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umai warisan Melanau terus jadi buruan, tarikan utama ke Mukah

MUKAH – Makanan tradisi masyarakat Melanau, umai kekal menjadi buruan pengunjung sekali gus mengukuhkan reputasi daerah ini sebagai destinasi pelancongan pilihan, terutamanya menjelang Pesta Kaul Mukah. Terletak di pesisir Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM